Peninju terkenal Amir Khan baru-baru ini membatalkan hasrat menjual kediaman mewahnya meskipun sudah 7 bulan diiklan di pasaran. Khan membuat keputusan menjual kediamannya pada Jun 2017 selepas perkahwinan beliau bersama Faryal Makhdoom dilaporkan bermasalah. Harga hartanah beliau dikatakan mencecah 1.2 juta pound. Kediaman seluas 3500 kaki persegi itu dilengkapi 6 bilik tidur, kolam renang, pawagam, bilik sauna dan stim, gym yang dilengkapi dengan peralatan terkini dan bilik rekreasi. Khan turut membeli rumah di hadapan rumah utama beliau yang turut dilengkapi 4 bilik tidur dan 4 bilir air. Khan berkahwin dengan Faryal pada 2013, namun pasangan itu berdepan masalah selepas Khan menuduh Faryal curang. Ditambah pula dengan gosip liar Khan yang dikatakan turut curang dengan beberapa wanita. Namun awal Januari lalu, Amir mengumumkan telah berbaik semula dengan isterinya yang kini sedang mengandung anak kedua mereka. |
11
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 25-1-2018 01:07 PM
kalo dah sekaya mcm ni, toksah la si bini nak mencurang
semuanya dah complete dah tu..ada pool, sa ...
ADVERTISEMENT