CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Admin Twitter Nandos Dan Milo Bergurau Senda, Amboi Mesranya!

23-1-2018 03:19 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 4625| Komen: 15|Original author: Khair

Satu perkara patut dipuji mengenai rangkaian restoran Nandos Malaysia adalah kempen pengiklanan dan pemasaran mereka yang tersangatlah berkesan dan kerap kali terasa dekat dengan kehendak dan kehidupan para pelanggan mereka.




Jika anda masih ingat, baru-baru ini Malaysia dilanda musim sejuk untuk beberapa hari. Ketika itu, semua orang bergembira kerana cuaca sejuk dan suasana yang tenang sahaja. Oleh itu, Nandos mengambil kesempatan mengadakan satu peraduan ringkas mengenai "Wanna hear a joke about the wheather? Se-joke (sejuk)".



Menurut twitter Nandos, sesiapa yang membalas tweet mengenai lawak sejuk ini akan menerima baucar percuma untuk menjamu selera di restoran yang terkenal dengan ayam peri peri itu. Tanpa disangka, admin twitter Milo Malaysia turut membalas tweet itu dan mengharapkan baucar percuma tersebut. 

Twitter Milo membalas tweet tersebut dengan tweet "When it comes to se-joke, we'll definitely give you chills, Guaranteed brrr-tenaga (bertenaga)!"


Kreatif juga rupanya admin Milo Malaysia!



Admin kedua-dua akaun Twitter ini sempat membalas tweet masing-masing dan admin Twitter Milo sempat bertanyakan adakah mereka berjaya memenangi baucar percuma tersebut. Dan nampak gayanya, admin Nandos bersetuju untuk memberi beberapa baucar untuk mereka.



Nampaknya admin Twitter Nando's betul-betul serius hendak memberikan baucar tersebut kepada Milo kerana mereka meminta maklumat lanjut untuk menghantar hadiah tersebut. 



Malah, netizen yang terhibur juga bersetuju supaya admin Nando's memberikan hadiah kepada admin Milo atas usaha mereka membuat lawak.


Foto: Twitter

Betullah kata orang, masyarakat Twitter tak pernah menghampakan. Bilalah agaknya Nando's nak beri kita baucar percuma juga ya? - CARI

19

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
22

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_honey 23-1-2018 03:24 PM
haha..comel sungguh nandos ngn milo nih...
Quote Rainrein 23-1-2018 03:46 PM
Comelnye. Senyum je ai baca.
Quote MyNameIsIris 23-1-2018 04:01 PM
nandos bukannya ada milo
anak i nak minum milo takde

mohon tambah menu milo pls nandos
Quote MissMamamia75 23-1-2018 04:22 PM
MyNameIsIris: nandos bukannya ada miloanak i nak minum milo takdemohon tambah menu milo pls nandos


My hubby & anak2 xsuka Nandos..diorg lbh prefer Kenny Rogers..huhu..

So kalau akak tringin nak mkn Nandos..kena pegi sndiri2..normally akak pegi time lunch time mkn dgn kawan2 kat Aeon Mall Shah Alam
Quote abangadek 23-1-2018 04:25 PM
terus iols lapar
Quote kechikchomel 23-1-2018 05:44 PM
baru je pas minum Milo ice ni. Ujung2 tu ada rasa mint
Quote Knowlee 23-1-2018 07:30 PM
Nando's best.
Quote msdummy.2018 24-1-2018 09:55 AM
alah comelllnya.....
Quote mamapea 24-1-2018 10:04 AM
MissMamamia75 replied at 23-1-2018 04:22 PM
My hubby & anak2 xsuka Nandos..diorg lbh prefer Kenny Rogers..huhu..

So kalau akak tringin na ...

anak aku suka giler kenny rogers...tp bg aku kenny rogers punya kualiti skrg dh hampeh...
aku lg suka nandos..
Quote shiedafaizal 24-1-2018 11:49 AM
terasa nak mkn nandos ngan minum milo lak
Quote Lilly.june 24-1-2018 01:52 PM
cute je...zaman sekarang, social media department penting tau dalam company. its all about the rating. just saying hihi
Quote Artemesiaa 24-1-2018 03:00 PM
Iklan catchy cam ni selalunya berjaya tarik perhatian umum
Quote mieymiey 24-1-2018 03:10 PM
Comel jer. Semoga Milo dan Nandos berjodohan
Quote whadda 24-1-2018 03:14 PM
dulu suke jugak nando's ni.. tapi sekarang cam rase makin over pulak kemasaman sos dia
Quote Minami2013 24-1-2018 03:19 PM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.131879 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top