Kaki 'Nasi Kandar' tentu takkan lepaskan peluang menjamu selera di sini. Kedudukan Restoran Ibramsha juga strategik iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman, sederet dengan panggung Coliseum yang bersejarah tu.
Hanya nak parkir kereta agak sukar dan kena berjalan kaki sedikit dari tempat parkir awam terdekat. Ia dibuka dari 7 pagi hingga 7 petang. Kalau suka makan nasi kandar di restoran 'old-school' (berciri tradisional), inilah tempatnya. Kalau zaman dulu, Seniman Agung P. Ramlee suka makan di Restoran Kudu iaitu salah sebuah restoran nasi kandar autentik tidak jauh dari Pasar Chow Kit. Dari segi lauk-pauk pula, kebanyakan restoran begini tak jauh beza dari segi jenisnya. Hanya ada satu atau dua lauk saja yang berbeza.
Ada ayam kurma, daging masak hitam atau kicap, telur dadar, telur masin atau telur rebus, udang kari kering, kari kepala ikan, hati tumis kicap selain kari-kari yang biasa seperti kari ayam, kari ikan, kari kambing. Hmm, memang tak muat kalau nak senaraikan kesemuanya. Oh, ya! Ayam goreng berempah jangan lupa dirasa, rugi kalau tak ambil. Kalau tak mahu beratur panjang, kenalah datang sebelum 12 tengah hari atau selepas 2 petang. Atau kena tunggu pelanggan sudah makan baru boleh duduk. Kalau sesak sangat, kena duduk tanpa meja. Ah, kerana keenakan nasi kandar di sini, apa-apa pun sanggup. Tak ada menja pun tak mengapa. Restoran Ibramsha sudah bertapak di sini sejak berdekad lalu. Pelanggannya datang dari setiap pelusuk negara. Ada yang singgah selepas penat membeli-belah di sekitar Jalan Masjid India. Jangan lupa pesan teh tarik kerana ia minuman yang sangat serasi digandingkan dengan nasi kandar. Tak terkata enaknya! Alamat: 68, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Nak rasa nasi kandar asli, kenalah datang sini. Harga pun berpatutan. Yang penting, puas hati. - CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
msdummy.2018 replied at 25-1-2018 10:35 AM
letaklah price..cnth..nasi yg u makan+lauk pauk = RMxxxx
msdummy.2018 replied at 25-1-2018 10:35 AM
letaklah price..cnth..nasi yg u makan+lauk pauk = RMxxxx
bolamata replied at 25-1-2018 01:18 PM
memang sedap ayam hitam nya...
msdummy.2018 replied at 25-1-2018 01:39 PM
mahal x? kalo mahal berbaloi x dtg sekali lagi? bukan apa...ngeri makan mamak nie sebab herge..... ...
beeeee replied at 25-1-2018 12:00 PM
Wah menarik. Saya pun ada suka satu nasik kandar kat jalan tar, Mohd Yaseem. Nangiss sedap sgt!!
palmolive replied at 26-1-2018 11:55 AM
lauk sotong dia padu
beeeee replied at 26-1-2018 11:57 AM
Yass tambah ada telur dalam tu!!! Eeeeee lapar la plak haah
palmolive replied at 26-1-2018 12:02 PM
aku dh kecur air liur ni
beeeee replied at 26-1-2018 12:08 PM
Hahaha g la lari kejap lunch hour panjang kan harini. Tp waktu sekarang ni harus la org dah beratu ...
palmolive replied at 26-1-2018 12:10 PM
hui..tak mo aku..dh buleh agak mesti panjang punya q dia..dulu tu aku gi time pagi2..lauk baru mas ...
ADVERTISEMENT