CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terasa Bagai Diperkosa Beramai-ramai - Gambar Ibu Hamil Jadi Tatapan Lelaki Gila Seks

24-1-2018 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 21252| Komen: 73

Golongan kelainan seksual yang dipanggil maiesiophilia iaitu lelaki berasa ghairah dengan melihat wanita mengandung nampaknya semakin ketara. 

Memetik laporan Harian Metro, tinjauan di laman sosial Facebook, terdapat lebih 100 halaman kumpulan yang bertindak mengumpul dan menyebarkan gambar wanita berpakaian seksi termasuk ibu hamil untuk dijadikan tatapan lelaki hidung belang yang tidak malu untuk memberi komen lucah. 

Pembantu tadika mahu dikenali sebagai Hani, 29, berkata, dia pernah menjadi mangsa apabila gambarnya ketika hamil pernah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan di satu halaman kumpulan Facebook.

Katanya, meskipun kejadian itu berlaku hampir empat tahun lalu namun ia masih segar dalam ingatan apabila mengenang kembali komen yang diberikan terhadap gambarnya itu.

"Gambar itu dirakam ketika saya mengandung anak sulung dan begitu teruja untuk memuat naik di Facebook tanpa berasa apa-apa kemungkinan kerana saya menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang terdedah.


"Seminggu selepas itu saya diberitahu oleh rakan bahawa gambar saya tersebar dan apabila membaca komen yang diberikan saya terasa seperti 'diperkosa' beramai-ramai," katanya kepada Harian Metro. 


"Saya cuba selidik siapa pemilik page (halaman kumpulan) itu kerana saya yakin dia kenal saya kerana kapsyen gambar saya yang disebarkan itu terdapat lokasi tempat tinggal saya.

"Dua hari selepas itu, page itu disekat oleh Facebook. Namun sehingga hari ini saya trauma dan tidak mahu memuat naik gambar lagi di Facebook," kata ibu dua anak itu. - CARI 


8

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 24-1-2018 09:41 AM
aku pelik lh ngn somi2 skrg nih bg bini pakai ketat metat x kira lh time ngandung or tak...kalu ade jantan2 kamruk sex ganggu bini tau pulak nk marah....buruk aku nngok pompuan y ngandung pakai ketat metat nih...
Quote rospinki 24-1-2018 09:43 AM
ada yg suka amik gambar siap tekap bawh perut  tu pon aku tak faham.

bengap sungguh

Quote SWORKS27 24-1-2018 09:45 AM
lain kali jangan up gamba seksi meksi kat laman so sial...kalau x nak dipergunakan..
jangan salahkan pesakit2 mental sexual di luar sana..
salahkan diri sendiri dulu..

simple..
Quote noor2 24-1-2018 09:46 AM
jahcomel replied at 24-1-2018 09:41 AM
aku pelik lh ngn somi2 skrg nih bg bini pakai ketat metat x kira lh time ngandung or tak...kalu ade  ...

Lantakla jah. ...badan depa. ..nak bogel pun pedulikan ...hehe. ...idaklah kaka ambil pusing hal peribadi dan rumahtangga orang. ....yang peduli sekarang harga barang naik. ..jenayah makin tinggi dan kemasukan warga asing bertambah takut mengundang pelbagai masalah penyakit. ..jenayah. ..budaya. ..
Quote krustykrab 24-1-2018 09:51 AM
dah korang yg nak freedom sgt kan, tak nak tertakluk pada hukum apa2 pun...lagipun korang semua dah matang ada akal tuhan bagi, boleh fikir baik buruk untuk diri korg sendiri, apa yg korang bising2 lagi.



Quote makton 24-1-2018 09:59 AM
ada pulak elok dah pakai baju mengandung/jubah longgar, tp bila bergambar tangan tekup kat bawah perut bagi nampak bulat perut tu. siap nampak pusat terjojol.. motippp??
Quote jazaa100 24-1-2018 09:59 AM
Pompuan mengandung skrg perangai pelik pelik....pembawakan budak ke tak de otak....

Time mengandung tu lah pakai baju ketat ketat sampai nampak pusat terjojol sbb pakai baju kain nipis & melekap....

Aku dulu pakai t-shirt & kain batik pun dah kena tegur sbb nampak size perut....


Quote jahcomel 24-1-2018 10:04 AM
jazaa100 replied at 24-1-2018 09:59 AM
Pompuan mengandung skrg perangai pelik pelik....pembawakan budak ke tak de otak....

Time mengandu ...

doktor n nurse mmg anti benar ngn ibu mngandung y pakai baju ketat suar ketat kain ketat nih kalu dtg klinik...
Quote ~boolean 24-1-2018 10:14 AM
Nanti aku komen lebih2 dicop lobainita pula..

Tapi beginilah,
Apa kau letak di media sosial..sama ada upload gambar, memaki orang, menghina agama atau kongsi resipi memasak...kau kena juga ready untuk terima penerimaan orang dan akibatnya.

Kalau aku, aku tak nampak apa perlu share gambar selfie, samada kau seksi atau berpurdah. Nak perhatian atau pujian? Nah, terima aja lah segala macam perhatian, termasuk jadi tayangan jantan setan.
Quote sonatalady 24-1-2018 10:14 AM
Dulu memgandung..malu nak pakai ketat2..rasa semua org tgk..family pn tegur kalau nampak
Skg memang semua x kisah ek.
Bila jadi mcm ni..salah sapa..
Quote jazaa100 24-1-2018 10:14 AM
jahcomel replied at 24-1-2018 10:04 AM
doktor n nurse mmg anti benar ngn ibu mngandung y pakai baju ketat suar ketat kain ketat nih kalu  ...

Selalu yg pakai ketat ketat ni yg rasa urban kan.....yg nk tunjuk kat satu donia..."eh, kau tgok, laki aku burjaya buncitkn perut aku....kau mampoo?"....

Acik dok flat pprt jarang pulak buat kelaku tu....tu satu bgus nya acik pprt....wlu tak ada ada, masih mampu beli maternity dress time mengandung & segan nk pakai ketat ketat...kot segan dgn jiran sbb asyik beranak je, tak tau le.....
Quote CiliPadiSedap 24-1-2018 10:24 AM
beza orang cerdik dan bingai ialah sorang rasa diri hot jadi nak dedah semua, sorang rasa insecure dan hati2 bergambar.

zaman sekarang dengan sekeping gambar je blh jd musibah. hati2 lah ye.
Quote myakayina 24-1-2018 10:24 AM
aku masa preggy tak pernah langsung ambik pic ke apa..sampai bff aku kata sygnya takde kenangan gitu..aku tak rasa nak ambik pic ke apa masa tu..
Quote noor2 24-1-2018 10:29 AM
Kira mengundang jenayah rogol jugalah ni....salah satu penyebab peningkatan jenayah yang disalah guna oleh lelaki gila seks. ..adehh. ...dua2 salah. ..
Quote prettyuglybabe 24-1-2018 10:30 AM
apasal nak mengata pompuan mengandung pakai baju ketat?
apa masalahnya dorang nak sexy sexy..
patutnya hencap laki yang gila sex tu la..
pantang nampak pompuan je nak fikir sex..

kata ummah urban kampung ukays
Quote nolya 24-1-2018 10:37 AM
Aduhai.... banyak benor penyakit orang lelaki ni.  Patutlah orang lelaki dinasihati supaya selalu menundukkan pandangan mata,  rupanya pantang melihat tergoda cepat.  Itulah pun diwajibkan orang pompuan menutup aurat sepanjang mase, setiap mase juga akan ade je orang2 yg mudah tergoda.
Quote batmana 24-1-2018 10:56 AM
dah definasi perogol tu lelaki

ada ramai perogol dari kalangan pempuan ka kt dunia ni?
ramai ke org laki jadi mangsa perogol dari kalangan pmpn??

so, perogol ni trigger dari benda2 gila seks ni ler
dh gila, nk wat cmne?

bukan smua lelaki tu gila

so, paham2 lar. seruan pkaian yg sopan tu tuk apa.
lainla ko model playboy kelas A, ada 3,4 org bodyguard bersenjata kawal 24 jam, ada panel peguam yg melindungi hak cipta gmba  kamu itu..
nk bogel, tunjuk vagina ke apa, takde sapa nk kaco


ni keje ntah apa2, pakai seksi, bukan takat bodyguard, pepper spray pun haram ada.pstu gamba disalah guna oleh org gila, mengata yg org lelaki ni tk pndai kwl nafsu

yg pi bodo sebar gamba tu wat pe?, igt artis playboy ke apa?
Quote jahcomel 24-1-2018 10:57 AM
myakayina replied at 24-1-2018 10:24 AM
aku masa preggy tak pernah langsung ambik pic ke apa..sampai bff aku kata sygnya takde kenangan gitu ...

sama lh kita sis...sy time ngandung pn x ambik pic pn,malu coz perut memboyot ke depan dh lh badan nmpak gemuk...
Quote arasham 24-1-2018 11:01 AM
jahcomel replied at 24-1-2018 10:04 AM
doktor n nurse mmg anti benar ngn ibu mngandung y pakai baju ketat suar ketat kain ketat nih kalu  ...

Susah kut nak buat check up kut pakai ketat sgt ni. Pas tu selesa ke pakai ketat ni? Melekap hadoilah.. bersederhanalah Dlm berfesyen.. even pakai jubah pun Tak sesuai kalau ke hospital tuk check up. Hari tu nurse pesan kalau dtg hospital elok pakai baju butang depan seeloknya pakai sport bra, nak x-ray senang, nak ecg senang..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.197034 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top