CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Uitm : Mayat Bayi Dalam Tangki Kumbahan.

30-8-2013 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33115| Komen: 296



TELUK GADUNG – Warga kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, dekat sini, pagi semalam.

        
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.
        
Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.

Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.
        

Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.
        
Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
        
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.
        
Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
        
Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.
        
Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya.

9

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavajeans 29-8-2013 08:20 PM
Tempat wa blajar ni...sura hujung...
Quote sapp73 29-8-2013 08:24 PM
Bebudak uitm jugak punya kerja ke ni...belajar tinggi tinggi pun tak guna, akal letak kat lutut
Quote ~boolean 29-8-2013 08:28 PM
disebabkan jadi kat uitm, tunggu ajalah komen2 bingai yang cari peluang mengutuk melayu atau uitm..
Quote jonlabu 29-8-2013 08:34 PM
lavajeans posted on 29-8-2013 08:20 PM
Tempat wa blajar ni...sura hujung...

Lu ka yg dok dating atas batu pantai teluk lipat tu?
Quote AHMADVW 29-8-2013 08:34 PM
bljr tinggi belum tentu dpt kontrol nafsu
Quote lavajeans 29-8-2013 08:40 PM
jonlabu posted on 29-8-2013 08:34 PM
Lu ka yg dok dating atas batu pantai teluk lipat tu?

Wa dating rantau abang terus...book chalet 3hari 3mlam..
Quote iskans 29-8-2013 08:47 PM
Sial punya mak & bapak. Kejam. Tergamak buang anak, taknak malu anak dibunuh. Kantoi, buang dari universiti dan jangan bagi peluang langsung belajar atau kerja sektor awam. Tak hargai nyawa.
Quote nurul_akmar 29-8-2013 08:47 PM
kesiannya baby tu... mcm dh besar dah
Quote noor2 29-8-2013 08:54 PM
sedihnyaaaaa



innalillah

Quote iskans 29-8-2013 08:59 PM
Dari TerengganuToday

Laporan terkini kes buang bayi di Dungun, pihak Polis melaporkan bahawa lokasi kejadian adalah di Loji Kumbahan Kolej Redang, UITM Dungun.
Mayat bayi yang ditemui dalam  keadaan tertiarap disahkan perempuan itu ditemui oleh seorang juruteknik yang menjalankan penyelenggaraan di loji berkenaan.
Siasatan awal memaklumkan bahawa mayat bayi berkenaan cedera dan tengkoraknya pecah.
Menurut Dr Klinik UITM, bayi berkenaan telah meninggal lebih kirang 48 jam yang lalu.
Mayat bayi berkenaan dipercayai masuk ke dalam kumbahan melalui saluran najis berukuran 8 inci dari tandas asrama.
Tapisan pelajar akan dibuat dgn dibantu oleh pihak UITM.
Mayat bayi di bawa ke Hospital Dungun umtuk pemeriksaan lanjut.


Terkini kes buang bayi di UITM Dungun
Quote BotakChinPeng 29-8-2013 09:06 PM
~boolean posted on 29-8-2013 08:28 PM
disebabkan jadi kat uitm, tunggu ajalah komen2 bingai yang cari peluang mengutuk melayu atau uitm..: ...

nak kutuk apa lah sangat.
kaum lain pun buang bayi gak.
malah mereka lagi layak dicaci sebab paling banyak anak luar nikah walau pun mereka kaum minoriti
Quote marumaru 29-8-2013 09:12 PM
macam mane depa nak cari makpaknye ek?
Quote Czaziq 29-8-2013 09:18 PM
Biadap sungguh membuang bayi!! Xde perikemanusiaan!!
Quote iskans 29-8-2013 09:22 PM
marumaru posted on 29-8-2013 09:12 PM
macam mane depa nak cari makpaknye ek?

DNA, mlah tau jer melalui fizikal (pemeriksaan) ibu yang baru bersalin akan mengalami kekurangan darah dan lemah badan. Saliran pembentungan dah didapati mana puncanya.
Quote maniack88 29-8-2013 09:24 PM
bayi yang cukup sifat, tapi cuma dapat hidup di dunia utk seketika..

apa lah perasaan si manusia bila campakkan bayi dlm tu
Quote mawarika 29-8-2013 09:28 PM
kolej aku ni dulu. kejamnya budak2 zaman skg. tak dapat bayangkan mcmana beranak pastu flush je..
Quote shernazz 29-8-2013 09:31 PM
celakalah engkau wahai pompuan buang baby!!!!!!
harap ko mati mcm neh la nnt
Quote GhostWalking 29-8-2013 09:39 PM
lavajeans posted on 29-8-2013 08:40 PM
Wa dating rantau abang terus...book chalet 3hari 3mlam..

Hebattttt Abg Lavaaaaa
Quote jonlabu 29-8-2013 09:40 PM
Tok sah la dok maki hamun sangat..mungkin ibunya keguguran jatuh dlm lubang tandas...mungkin ibunya mangsa rogol....biarlah disiasat dulu sblom jatuh hukum.

Lihat semua komen(296)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077749 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top