CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Gadis Sempurna, Pilihan Yang Tepat” - Ashraf Sinclair Restui Adam-Yuna

26-1-2018 03:38 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6630| Komen: 3|Original author: Oleh: Suzy

Umum maklum tentang Adam Sinclair dan Yuna bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Januari ini. Debaran menanti hari bahagia pasangan itu pasti dirasakan oleh peminat pasangan ini. Turut merasakan debarnya tentulah ahli keluarga terdekat mereka. Pelakon Ashraf Sinclair, abang kepada Adam antara yang tidak sabar menyambut Yuna dalam keluarga mereka.   


Ashraf berkata adiknya telah membuat keputusan yang tepat apabila memilih Yuna sebagai teman hidupnya.  

Ashraf, 39, memandang tinggi kepada Yuna kerana melihat dia mampu membahagiakan Adam dan keluarga mereka nanti.   

"Yuna seorang gadis yang penyayang dan mampu memberi kebahagiaan kepada Adam dan anak-anak mereka kelak.  

"Saya bahagia melihat perhubungan ini dan mengalu-alukan kedatangan Yuna menjadi keluarga kami. Saya sebagai abang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.  

"Soal persiapan perkahwinan, semuanya diuruskan oleh keluarga dan kami tak sabar menanti hari bahagia Adam," katanya dipetik daripada mStar Online.  

Sementara itu, suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari ini turut menjelaskan kepulangannya ke Malaysia bukan sekadar meraikan perkahwinan Adam.  

"Kepulangan saya bukan sahaja untuk meraikan hari bahagia Adam. Saya juga sedang menjalani penggambaran sebuah filem dan kini sibuk mempromosikan drama Do(s)a.  

"Bunga pula ada sidang media konsert bersama dua penyanyi lain di sini nanti, kiranya kami bercuti sambil bekerjalah," katanya.  

Drama Do (s) a lapan episod tersebut bakal disiarkan di Astro First saluran 480 bermula 14 Februari ini. Selain Ashraf Sinclair, ia turut dibintangi oleh Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana. 

Ia merupakan karya kolaborasi mega di antara produksi Malaysia dan Indonesia di bawah arahan Ifa Isfansyah.- CARI 
7

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 29-1-2018 08:01 AM
dah kahwin belum diorang ni??{:thief
Quote devilito2 29-1-2018 08:41 AM
tahniah....
Quote lotionmilo 29-1-2018 08:58 AM
Adam umur berapa?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042303 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top