Kemas Kini: Pelajar Tingkatan dua yang cuba membunuh diri kini masih dalam keadaan kritikal akibat kecederaan otak. Dia kini sedang bertarung nyawa di sebaik dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohd Jamil Mohamed berkata, guru terlibat telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah (PPD) Seberang Prai Selatan. _____________________________________________ Ekoran dituduh mencuri telefon bimbit milik gurunya, seorang pelajar tingkatan dua yang kecewa bertindak cuba membunuh diri. mStar Online melaporkan, pelajar dari Nibong Tebal itu mengunci dirinya dalam bilik selepada dibawa pulang ke rumah oleh guru kelasnya. Remaja perempuan itu dipercayai cuba menggantung diri dengan menggunakan selendang. Bpanya yang berusia 50-an berkata, “Saya cuba untuk membuka pintu bilik itu dan membuat CPR sebelum membawanya ke hospital."
Pelajar 14 tahun itu juga meninggal nota kepada ibu bapanya, menafikan sekeras-kerasnya dia mencuri dan tidak mahu menyusahkan mereka. "Tiada siapa yang bersalah atas kematian saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dikasihi kerana menjaga saya. Maafkan saya. Cikgu, saya bersumpah tidak mencuri telefon kamu." Sementara itu menurut laporan Malaysia Kini, ibu saudara kepada pelajar berkenaan, Vinothini Kalaivanan, berkata suaminya, Manogaran Retom meminta polis mengambil tindakan terhadap guru terbabit kerana menyebabkan anak saudara cuba menggantung diri. "Doktor mengatakan dia tidak boleh keluar dari hospital lagi. "Kami sangat bimbang dia akan kehilangan nyawa. Ibu bapanya terlalu sedih atas kejadian ini. "Dia tidak bersalah dan kami harap tindakan diambil terhadap guru itu." -CARI
|
6
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT