CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda Tewas Dibelit Sawa Batik

29-1-2018 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8405| Komen: 59

Seorang duda maut selepas dibelit ular sawa batik sepanjang 3.5 meter di Jalan Ibrahim Banting, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Menurut BH Online, Zaim Khalis Kosnan, 35, sebelum ini tidak pernah berkongsi mahupun menunjukkan minat terhadap reptilia berkenaan kepada keluarga.



Foto: BH Online

"Kami tidak tahu sama ada dia mahir tangkap ular atau pernah tangkap ular sebelum ini, tapi selepas tragedi ini, ada penduduk kampung memberitahu pernah lihat Zaim tangkap ular beberapa kali," kata abang ipar mangsa, Mohd Noor Radiman, 54.

Mohd Noor yakin sebelum kejadian, adik iparnya itu menangkap ular terbabit dan dalam perjalanan pulang ke rumah atau mahu berjumpa kawan dengan menunggang motosikal.


"Dia mungkin menunggang motosikal sambil tangan kirinya memegang kepala ular. Ketika dalam perjalanan itu, ekor ular melilit lehernya kerana laporan bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada jerutan di leher," katanya.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa dipercayai menangkap ular sawa itu untuk dijual dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Dia ada memberitahu kakaknya, mahu menangkap ular yang ditemui di tepi jalan. Mangsa turut membawa sarung tangan dan sabit kecil dipercayai untuk digunakan menangkap ular.

"Hasil siasatan awal, mangsa dikatakan sempat menjerit meminta tolong. Penduduk kampung yang mendengar jeritannya cuba membantu, tetapi apabila mereka tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah meninggal dunia.

"Ular terbabit juga dibunuh penduduk kampung yang datang membantu," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
5

Bagus
17

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 28-1-2018 08:25 PM
Tak pasal ular pun meninggal dunia.
Quote Decaffeinated 28-1-2018 08:47 PM
nasib la ko ular.... ko bunuh manusia siapa suruh lain kali ikut ja apa manusia kata....

Quote sekngucing 28-1-2018 08:51 PM
kesian.. tak pasal pasal mati ular tu...
Quote ninja boy 28-1-2018 09:03 PM
Kucing jinak aman2 hidup spt raja dlm rumah, mendapat makanan lazat, perubatan, dibersihkan sehingga tiada kutu babi atau gatal2 telinga atau taik mata, kerana kucing tak boleh terjun laut tangkap ikan
Quote Vokuro 28-1-2018 09:06 PM
ni berita kat indon ke apa? kenapa semua nama indon jah tukiman bagai dari mangsa.sampai ke polisi
Quote nishikido 28-1-2018 09:07 PM
Napa duk mention sangat arwah ni duda.. siap gambar pon gambar kahwin.. hurrmm
Quote sekngucing 28-1-2018 09:19 PM
Vokuro replied at 28-1-2018 09:06 PM
ni berita kat indon ke apa? kenapa semua nama indon jah tukiman bagai dari mangsa.sampai ke polisi

baru perasan sis... hehe.. agaknya ramai org keturunan indon d situ..
Quote jazaa100 28-1-2018 09:28 PM
Vokuro replied at 28-1-2018 09:06 PM
ni berita kat indon ke apa? kenapa semua nama indon jah tukiman bagai dari mangsa.sampai ke polisi

Banting ok....banting.....



Quote MissNigga 28-1-2018 09:29 PM
ncem muka aruah ....
Quote moonbug 28-1-2018 09:32 PM
Takde keperluan pun nak point out status duda tu dalam artikel kematian arwah ni. Anyway kesian ular tu tak sempat lari selamatkan diri.

Takziah keluarga arwah juga
Quote cmf_premierleag 28-1-2018 09:33 PM
Heshe ni duda bercerai mati or duda bercerai hidup?
Quote cmf_premierleag 28-1-2018 09:33 PM
Vokuro replied at 28-1-2018 09:06 PM
ni berita kat indon ke apa? kenapa semua nama indon jah tukiman bagai dari mangsa.sampai ke polisi

Di banting mmg ramai ummah java sis
Quote Vokuro 28-1-2018 10:23 PM
cmf_premierleag replied at 28-1-2018 09:33 PM
Di banting mmg ramai ummah java sis

sangat java totok, bin tukiman bagai. mesti masih ramai sedara mara di jogja bagai
Quote zeetacunn 29-1-2018 12:42 AM
Alfatihah......
Quote nooriesz 29-1-2018 12:51 AM
adehh cmne arwah boleh bwk motor smbil pegang menatang tuu..
Quote sheqim 29-1-2018 01:27 AM
moonbug replied at 28-1-2018 09:32 PM
Takde keperluan pun nak point out status duda tu dalam artikel kematian arwah ni. Anyway kesian ular ...

Dlm berita pon tulis duda uols.. xpaham dgn wartawan ni hahahaha
Quote ninja boy 29-1-2018 01:31 AM
muda lagi menduda sambil masih berkawan rapat sama ipar
Quote OrenTheReturn 29-1-2018 01:47 AM
Vokuro replied at 28-1-2018 10:23 PM
sangat java totok, bin tukiman bagai. mesti masih ramai sedara mara di jogja bagai

Bukan dekat selangor jah sis, pegi dekat johor...nama2 dorg masih pekattt indo nya..raden,tukiman, kasbani...mmg pekatttt....harap jiwa dah msia setarus peratus lah.
Quote GigaMom 29-1-2018 02:20 AM
Highlight sgt status duda
Tp napa x tulis bekas adik ipar

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052073 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top