CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Bengang Sebab Susu Ibu

29-1-2018 04:05 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 19810| Komen: 153|Original author: Oleh: Suzy

Inilah padahnya media sosial. Setiap baris kata yang kita muatnaik belum tentu maksud sebenarnya sampai ke lubuk hati si pembaca. Bagi mak cik bawang yang juga ‘pengkritik profesional’ tanpa usul periksa terus menghentam jika muatnaik tersebut tidak kena di hati mereka. 


Baru-baru ini pelakon Nad Zainal bengang apabila dikatakan sengaja tidak mahu menyusukan anaknya yang berusia setahun. Dia dituduh sebegitu setelah meminta tip tersebut di laman sosial.

Nad, 28, berkata, tujuan dia meminta tips tersebut kerana sebab-sebab tertentu. Kerjayanya sebagai pelakon ada masanya memerlukan dia berjauhan daripada anak sulungnya itu.

"Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan).

"I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation," tulisnya di Instastory.

Pemilik akaun Instagram yang mempunyai pengikut seramai 1.4 juta itu berkata, tujuan dia mahu memisahkan susu badan adalah bagi memudahkan jika kanak-kanak itu berada bawah jagaan suaminya. Bagaimanapun, Nad berkata, tindakan itu dibuat perlahan-lahan dan bukannya secara drastik.

"Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak," tulisnya. 

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 Oktober 2016.- CARI 
8

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Oroi8887 29-1-2018 04:08 PM
Kesian artis, apapon jd isu
Quote faralina04 29-1-2018 04:14 PM
susu punya pasal..sapi dpt nama..
Quote qistiena 29-1-2018 04:14 PM
anak dia...pandailah dia uruskan...
Quote fara7351 29-1-2018 04:15 PM
semua org tahu bf tu mmg bagus.. ibu mana yg taknak bagi bf kat anak..  tp yg taksub sgt dgn bf ni sampai tak boleh terima alasan or masalah org lain tu mmg mental.. ingat ibu ni sengaja ke taknak bagi susu bdn kat anak...
Quote nazhidd 29-1-2018 04:17 PM
asal nak bg putus susu ke bg FM je mmg berkokok la makcik bawang ..
pelik aku
Quote eyansss 29-1-2018 04:18 PM
fara7351 replied at 29-1-2018 04:15 PM
semua org tahu bf tu mmg bagus.. ibu mana yg taknak bagi bf kat anak..  tp yg taksub sgt dgn bf ni s ...

dan aku ada kawan yangbtanak bagi anak menda lain selain susu ibu je... padahal anak dah nak setahun... kawan dia full bf dua tahun... sian anak tak dapat food according to age/stage... nanti perut anak sensitif, mula la salahkan sana sini... padahal perut anak tak belajar proses penghadaman mengikut masa yang sepatutnya...
Quote fara7351 29-1-2018 04:22 PM
eyansss replied at 29-1-2018 04:18 PM
dan aku ada kawan yangbtanak bagi anak menda lain selain susu ibu je... padahal anak dah nak setah ...

means dia tak bagi anak dia solid food?
mak aiii... ni kategori apa ni....


Quote eyansss 29-1-2018 04:26 PM
fara7351 replied at 29-1-2018 04:22 PM
means dia tak bagi anak dia solid food?
mak aiii... ni kategori apa ni....

tak... bagi susu ibu je... katanya susu ibu makanan paling lengkap... haiyooo... pening pala ngan mak2 jenis camni tau... aku dok cari tips nak tambah susu pun dia kata aku yang sengaja rasa susu tak banyak n sengaja bagi alasan nak bagi fm kat anak aku... budus betul... bukan semua orang ada rezeki susu ibu memancut2 macam ko bukak paip air... haish...
Quote azimodin 29-1-2018 04:26 PM
yesza, pentaksub BF ni mmg menakutkan. No offence tapi hencapan ini untuk pentaksub sahaja. aku pon pernah BF juga, no issue. kawan2 x nak bf pon aku xde masalah. yang jadi stress bila si pentaksub hencap mak lain d=yang dah usaha sehabis baik tapi masih x mampu nak penuhkan keperluan anak. Aku pernah baca komen kat FB yang cakap mak2 FM ni berdosa & tett dorang akan digantung diakhirat nanti for denying child's right gicheww. kejadah, ingat tuhan tu zalim macam dia ke hapa.
Quote peko_lolo 29-1-2018 04:27 PM
eyansss replied at 29-1-2018 04:18 PM
dan aku ada kawan yangbtanak bagi anak menda lain selain susu ibu je... padahal anak dah nak setah ...

Ni mesti set2 tuduh labuh sampi tumit
Quote fara7351 29-1-2018 04:29 PM
eyansss replied at 29-1-2018 04:26 PM
tak... bagi susu ibu je... katanya susu ibu makanan paling lengkap... haiyooo... pening pala ngan  ...

gila weh.. ni mmg taksub... mmg susu ibu tu mknn lengkap.. tp kot ye pun ikutlah stage umur budak dah patut mkn...
alahaiiii rasa nk caruttt jee nih...

Quote barfi 29-1-2018 04:33 PM
Edited by barfi at 29-1-2018 04:37 PM

Previous baby i dapat susukan sampai 2bulan je sebab susu kering.

But this time I berniat & berazam nak exclusive bf sampai 6bulan. Dan jika ada rezeki nak sampai 2tahun. Mudah2an Allah perkenankan. I doakan ibu2 yg lain juga
Quote idakamaruddin 29-1-2018 04:34 PM
anak dia debab
Quote eyansss 29-1-2018 04:37 PM
fara7351 replied at 29-1-2018 04:29 PM
gila weh.. ni mmg taksub... mmg susu ibu tu mknn lengkap.. tp kot ye pun ikutlah stage umur budak  ...

aku pun penat carut... hahaha... masa anak aku kena severe jaundice, dia marah bila dapat tau aku bagi izin kat hospital untuk bagi fm kat anak aku... abeh tu ko nak anak aku terencat rosak otak semata2 nakkan susu ibu... masa tu aku baru 5 hari bersalin kot n susu baru nak produce... disebabkan kedegilan aku tanak fm sementara susu nak keluar la buat anak aku kena rush naik ambulans ke spital sampai nak kena thkar darah... takkan aku nak terus berdegil ikut gila dia... haish...
Quote CiliPadiSedap 29-1-2018 04:39 PM
sis vokuru kalau breast feeding guna remote control je sbb panjang sangat kopek cm hantu kopek
Quote noni165 29-1-2018 04:42 PM
eyansss replied at 29-1-2018 04:18 PM
dan aku ada kawan yangbtanak bagi anak menda lain selain susu ibu je... padahal anak dah nak setah ...

buat aku terfikir wujudnya klasifikasi najis mukhaffafah yg contohnya air kencing bayi lelaki bawah 2 tahun yg hanya minum susu ibunya sahaja. maksudnya possible la kan fully susu ibu sampai 2 tahun.

Quote sixret 29-1-2018 04:47 PM
CiliPadiSedap replied at 29-1-2018 04:39 PM
sis vokuru kalau breast feeding guna remote control je sbb panjang sangat kopek cm hantu kopek

nakal kakak iya. suka sakat kakak vokuro.
Quote eyansss 29-1-2018 04:49 PM
peko_lolo replied at 29-1-2018 04:27 PM
Ni mesti set2 tuduh labuh sampi tumit

yang ni tak... tapi menuju ke arah tu... hehehe
Quote fara7351 29-1-2018 04:49 PM
eyansss replied at 29-1-2018 04:37 PM
aku pun penat carut... hahaha... masa anak aku kena severe jaundice, dia marah bila dapat tau aku  ...

motifff nk marah... abis tu nk tunggu smpai susu ada nk biar anak tu terkulai dehydrate ker..
kan ade issue kan psl anak mati sebab mak dia seboleh taknak bg fm, nak bg bf, tp susu nya belum ada.. baru lahirkan anak...
sellisih lah manusia mcm ni... kdg ubat nk turunkan kuning ni susu fm membantu juga.. lepas dh hilang kuning tu kita bg la bf semula..
mentality org mcm ni, kalau bg fm tu mcm benda haram sgt...
plslah... kalau org yg mmg takde susu tu tak ke sedih dgn mentality org mcm ni...



Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063717 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top