Tragis bila seorang lelaki dilaporkan maut selepas disedut ke dalam mesin MRI di sebuah hospital di Mumbai, Sabtu lalu. Memetik laporan Sinar Harian, ketika kejadian, Rajesh Maru, 32, membawa sebuah silinder oksigen dan menemani salah seorang ahli keluarganya ke bilik MRI di Hospital BYL Nair Charitable.
Menurut saudara Maru, Harish Solanki, seorang kakitangan hospital yang berada di luar bilik MRI memberitahu tiada masalah untuk mangsa membawa silinder oksigen ke dalam bilik tersebut. "Apabila Maru menjawab, barang logam tidak dibenarkan masuk ke bilik MRI, pegawai itu berkata tiada masalah kerana mereka lakukannya setiap hari. Malah, mesin juga telah dimatikan. Doktor dan juruteknik juga tidak berkata apa-apa.
"Tetapi sebaik sahaja Maru masuk dengan silinder oksigen berkenaan, ternyata mesin masih hidup. Tarikan magnet yang kuat dari mesin MRI menyedut mangsa. Kecuaian mereka menyebabkan kematian Maru," katanya dalam nada sebak. Susulan kejadian itu, seorang doktor dan dua kakitangan hospital ditahan untuk membantu siasatan dan pihak hospital turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis. - CARI
|
Vokuro replied at 30-1-2018 02:43 AM
sayang nya dah innalillah, sedap juga heshe
ADVERTISEMENT