Kadangkala tekak rasa nak makan masakan Melayu. Jarang-jarang nak makan masakan barat. Namun kebiasaannya masakan Thai memang kena dengan selera, lebih-lebih lagi buat yang sukakan pedas. Ke mana nak tuju kalau rasa nak makan masakan Thai? Tentulah ke Little Rara Thai Noodle House!
Masakan asli negara gajah putih Thailand ini sememangnya antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Tak hairanlah jika Little Rara sudah viral beberapa kali di media sosial. Menurut pemiliknya yang merupakan orang Islam yang berasal dari Bangkok, makanan di Little Rara dijamin halal dan sentiasa dipenuhi pelangan hingga tak menang tangan.
Antara menu wajib cuba di sini ialah Patpong combo (gabungan ayam bakar & daging bakar), Pad Thai dan juga Pulut Mangga. Little Rara Thai Noodle House mempunyai dua cawangan iaitu di Jalan TAR yang berkonsepkan restoran yang lebih selesa manakala di Jalan Kia Peng berkonsepkan gerai terbuka yang bersifat lebih santai. Alamat (Gerai asal) No 1, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur (Sebelah Menara HLA, laluan shortcut dari KLCC Convention Center ke Pavilion KL) 019-357 0569 Waktu Operasi : 5.00pm - 12.00am Cawangan Kedua No 333 Jalan Tengku Abdul Rahman .50100 KL . (Restoran bersebelahan Nasi Kandar Kudu ) Waktu Operasi : 4.30pm - 11.30pm FB : Little Rara Thai Noodle House FB : Little Rara Thai Noodle House at Jalan TAR IG : littlerara_thainoodle http://www.little-rara.com Perut dah berbunyi umpama halilintar di langit, tunggu apa lagi? Ayuh segera ke Little Rara demi sesuap makanan Thai! -CARI
|
6
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
16
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 2-2-2018 11:35 AM
Harga ok tak..
Macam nk gi lepas rindu makanan siam..{:hooray
aleesyasofia replied at 2-2-2018 01:08 PM
nah chuolss snarai hrganya.. trlebih rjin iolss hri nie..
pearl.silver replied at 2-2-2018 11:35 AM
Harga ok tak..
Macam nk gi lepas rindu makanan siam..{:hooray
MeghanK replied at 2-2-2018 01:26 PM
harga sangat ok kalau compare dengan boat noodle..portion normal je la
haritu kitornag makan ka ...
idakamaruddin replied at 2-2-2018 06:01 PM
sedap nye mek..jalan kaki je la ek dr caps square tu
dapp nye
ADVERTISEMENT