Kos perkahwinan sekarang ni boleh tahan mahalnya. Dari segi wang hantaran,harga pelamin,kos kenduri, sewa dewan, khemah dan sebagainya. Sedangkan agama Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk berkahwin. Tetapi masyarakat hari ini lebih mementingkan adat daripada syariat. Jika nak berjimat dari segi yang lain tidak mengapa tetapi kalau bab kenduri kahwin pun nak berkira, macam tak berapa kena. Kenduri adalah tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan rezeki pernikahan. Jadi, kenduri sebenarnya adalah sunnah dan dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran dan untuk berkongsi kegembiraan dengan orang ramai. Menjamu tetamu dengan makanan ringkas pun tak mengapa jika tidak mampu.
Seorang pengguna twitter mencadangkan kenduri kahwinnya nanti dijamu dengan 'potluck'. Senang la kalau tetamu yang datang masing-masing bawa makanan dan pakat makan beramai-ramai. Jimat duit keluarga pengantin. Tetapi, agak-agak ramai tak yang nak datang meraikan perkahwinan tersebut? Kan dah dapat gelaran kedekut. Bab menjamu tetamu ni besar pahalanya. Tetamu yang datang membawa rahmat dan pengantin perlu la menggembirakan hati tetamu dengan menyediakan makanan tanda kesyukuran. Rupanya dia bergurau saja. Tapi ramai juga netizen yang yang ambil serius dengan kata-kata tersebut sebab menzahirkan ceteknya ilmu tentang perkahwinan. Sekadar nak potluck dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat saja tiada masalah la. Tetapi kalau semua tetamu jemputan disuruh bawa makanan sendiri memang tak patut. Netizen tak bersetuju dengan cadangan wanita tersebut kerana walaupun ia hanya gurauan semata-mata. Sesuai ke nak bergurau dengan ayat macam tu? Terpulang pada apa yang kita fikir sebab setiap orang ada pendapat masing-masing. |
5
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
2
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aqissa: Beberapa tahun yg sudah... adik i pi mkn kenduri kwn dia kat melaka... elok dok hidang nasi lemak berlauk... ok ja....
ADVERTISEMENT