Jika anda suka mengambil gambar dengan background alam semulajadi yang indah, anda mesti cuba untuk mendaki Bukit Klangon Merapi di Yogyakarta.
Terdapat banyak view-view dengan panorama yang menarik yang anda boleh rakamkan. Memang terbaik di sini! Di Bukit Klangon anda boleh melihat pemandangan gunung berapi yang aktif di Indonesia dari sudut pandangan yang menarik. Landskap pergunungan yang tersegam indah memang kelihatan begitu cantik sekali. Secara geografinya, Bukit Klangon terletak di Desa Glagaharjo Kecamatan Kabupaten Selman. Lokasinya memang terletak di daerah Kawasan Rawan Bencana III atau dekat dengan Lost World Castle. Dari bandar Jogja ia mengambil masa hanya 30 minit untuk sampai ke bukit ini. Oleh kerana ramai yang ke sini dengan tujuan untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan gunung berapi yang cantik, terdapatnya satu pangkin yang diperbuat dari buluh untuk memudahkan para pelawat mencari view yang betul-betul cantik untuk mengambil gambar. Banyak juga kemudahan-kemudahan asas yang ada di sini antaranya ialah trek downhill, warung makan tradisional, surau, parking, dan tandas yang akan memudahkan kita ketika kita berada di sini. Ramai juga yang ke sini sebab hendak menyegarkan fikiran, perasaan dan badan sambil-sambil melihat keindahan pemandangan ciptaan Allah S.W.T. Jadi, bagi mereka yang merasa penat dengan segala aktiviti harian, apa kata rehatkan diri dan minda anda di Bukit Klangon Merapi. Bagi kaki pendaki, anda juga boleh melakukan aktiviti mendaki, perkhemahan ataupun berbasikal di sekitar kawasan ini. Antara tips bagi anda yang hendak kemari, sila pastikan bateri kamera atau telefon bimbit ata penuh. Dan kalau boleh bawa bateri lebih sebab takut bateri korang habis tak dapat la nak mengambil gambar-gambar yang menarik di sini. Selain itu, jangan pakai kasut mempunyai tumit yang tinggi kerana kawasan ini berbukit. Bahaya! - CARI
|
ADVERTISEMENT