CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aik, Betul Ke Kucing Bantu Lindungi Bayi Baru Lahir Dari Asma?

6-2-2018 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 3005| Komen: 6|Original author: Oleh: Norlili


Sering kali kita mendengar orang memberi nasihat supaya menjauhkan anak daripada haiwan seperti kucing kerana dikhuatiri mudah menyebabkan jangkitan kuman.

Namun, penemuan sebuah kajian terbaru mendakwa kehadiran kucing di dalam rumah boleh melindungi bayi daripada penyakit terutama yang membabitkan pernafasan iaitu asma. Menarik juga, tapi kedengaran macam tak logik pula, kan?


Foto: aspca

Menurut professor paedatrik Hans Bisgaard, ada satu gen dalam tubuh manusia apabila diaktifkan akan mengundang risiko penyakit asma. Namun, ternyata dengan kehadiran kucing boleh menjadi asbab gen terus dinyahaktif untuk melindungi sistem imun bayi baru lahir. 


Foto: shutterstock

Sejauh mana kebenarannya? Kajian ini menggunakan 377 gen bayi baru lahir termasuk mengambil kira faktor persekitaran seperti kewujudan haiwan peliharaan seperti kucing di rumah. 

Dan mengejutkan hasil kajian mendapati kehadiran kucing bukan sahaja melindungi bayi dari asma, malah penyakit yang popular dalam kalangan bayi baru lahir iaitu pneumonia dan bronchitis. 


Foto: Carian Internet

Namun kajian ini masih terlalu awal untuk dibuktikan. Mungkin juga kehadiran bakteria bawaan daripada kucing antara punca penyakit asma berkurang. Namun begitu, Bisgaard masih percaya kehadiran kucing juga merupakan salah satu faktor kepada penyakit ekzema terhadap bayi. 

Rasanya tak mustahil juga kehadiran kucing ni boleh membantu, tapi harus diingatkan kehadiran kucing juga membahayakan. Jadi, kenalah tunggu kajian yang lebih terperinci dilakukan. - CARI 

22

Bagus
6

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
20

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 6-2-2018 12:24 PM
kdg aku tertgk kat utube, org duk biar baby gesel2 muka kat kucing rasa

tak geli ke kut kut bulu tu masuk dlm mulut hidung baby, aku sayang gak kucing tp idak le sampai gesel2 kat mulut hidung.
bhgn muka mmg aku elakkan bersentuh dgn kucing.
Quote Artemesiaa 6-2-2018 12:25 PM
Asma selalunya menyerang ikut apa yang individu tu alah.  Tak semestinya sebab bulu kucing sebab ada pesakit asma yang tak alah dengannya.
Quote rogayahtop 6-2-2018 12:39 PM
kalau kucing indoor je akak tak kisah sgt. akak kalau apa2 yg menguatkan immune system baby akak ok je. tp kita pulak yg tak kuat. sekali tu pegi playzone dkt aeon, balik kite yg demam.
Quote zulka 6-2-2018 02:19 PM
lagi betambah teruk ada la
Quote noni165 6-2-2018 04:36 PM
kalau teori ni betul,menyangkal la dakwaan selama ni kata kucing boleh buat asma lg teruk.
Quote nooriesz 7-2-2018 11:43 AM
klu kucing indoor ok jer.. mcm jibu dgn yusuf.. aman2 je kn

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.037198 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top