Perasan tak, selalu saja ada kempen derma darah kerana bekalan darah di negara kita berkurangan. Ini kerana, setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, untuk merawat pesakit leukemia, pesakit jantung, penyakit hati dan haemophilia dan sebagainya. Kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook bernama Tan Shafry ini telah menyedarkan netizen supaya minat untuk menderma darah. Ini kerana, dia sendiri terkejut dan terharu apabila kos hospital yang sepatutnya dibayar sebanyak RM19,713 telah dikecualikan gara-gara menunjukkan buku merah yang merekodkan kekerapan dia menderma darah. Sebab itulah betapa pentingnya sesiapa yang layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan sekali.
Ramai sebenarnya netizen yang tidak tahu kelebihan menjadi penderma darah. Tetapi, ia dikira baik kerana ada yang sentiasa menderma kerana niatnya ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan darah sedangkan tidak tahu pun kelebihan yang mereka dapat. Semakin ramai la netizen yang nak menderma darah selepas ini apabila dapat tahu kelebihan yang mereka akan dapat. Rupanya ada yang dapat layanan vvip semasa menerima rawatan di hospital atau klinik kerana mempunyai buku merah tersebut. Ada ramai netizen yang teringin nak derma darah tetapi kesihatan mereka tidak mengizinkan dan ada juga netizen yang jenis takut jarum. Tak dapat la nak menolong. Bagi anda yang layak menderma dan ingin membantu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah, bolehlah menderma darah di mana-mana hospital. - CARI |
7
Bagus |
14
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangadek replied at 2-2-2018 05:09 PM
kalau kita sakit & mmg tiap hari kena makan ubat (forever makan ubat) boleh derma jugak ke?
JerryJemima replied at 2-2-2018 03:06 PM
Betul ke tunjuk buku derma boleh dapat fast lane kt klinik/hospital kerajaan??
Nak ke staff2 sit ...
KEKERAPAN MENDERMA KEISTIMEWAAN RAWATAN | |
1 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan. |
2 kali (dalan tempoh 12 bulan) | Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B |
2 ~ 5 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan. |
6 ~ 10 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan. |
11 ~ 15 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun. |
16 ~ 20 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun. |
21 ~ 30 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun. |
31 ~ 40 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun. |
41 ~ 50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun. |
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu. |
EncikRhoma replied at 3-2-2018 11:30 AM
fast lane tu takde la..tapi dapat keistimewaan macam ni:
ADVERTISEMENT