CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jawatan Pelik Yang Disandang Wanita Korea Utara, No.5 Paling Tak Masuk Akal

7-2-2018 01:20 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 5041| Komen: 11|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Ramai tahu yang Korea Utara adalah sebuah negara yang mengamalkan polisi yang tertutup terhadap semua unsur-unsur luar. Ini tidak terkecuali dengan sektor pekerjaan dalam negara pimpinan Kim Jong Un itu. Semua warga mesti bekerja tidak terkecuali golongan wanita. Di bawah adalah 7 pekerjaan pelik yang dilakukan oleh golongan wanita di Korea Utara.


1. Polis Trafik

Sumber: express.co.uk
Polis trafik di sana ditapis dulu oleh pihak kerajaan kerana mereka mahukan wanita muda yang belum berkahwin sebagai kakitangan. Wanita-wanita ini dipilih bukan setakat merit, tapi melalui rupa paras sendiri oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Walaupun Korea Utara tidak banyak jalan raya yang berturap, tapi mereka mahu menunjukkan imej kepada masyarakat luar negara yang melancong di bandar utama mereka. Mereka semua akan berhenti kerja selepas berkahwin atau setelah berumur 26 tahun. Siapa tak suka wanita cantik dihiasi setiap ceruk jalan di bandar bukan? 


2. Petani

Sumber: voanews.com
Korea Utara telah menetapkan waktu bekerja seharian bagi warga negara mereka iaitu 8 Jam bekerja, 8 jam belajar sejarah kempimpinan mereka dan 8 jam untuk berehat dan tidur. Oleh kerana itu, ramai golongan bawahan seperti petani di sana hidup serba kekurangan atas faktor peluang pekerjaan disana yang kurang. Kalau di Malaysia, kebanyakan kaum lelaki kita lihat bersepah di ladang-ladang untuk bekerja, tetapi di Korea Utara perkara ini jarang berlaku kerana kaum wanita juga turut menyumbangkan tenaga mereka  dalam sektor pertanian. Dengan gaji sebanyak $1 atau $2 sebulan, mereka tidak menerima cuti bahkan kalau mereka mahukan cuti, mereka terpaksa membayar kerajaan 50 sen sehari. Rajin atau kejam?

3. Guru dengan kemahiran

Sumber: blog.kickresume.com
Menjadi guru di Korea Utara tidak memerlukan sijil diploma atau ijazah seperti di Malaysia kerana mereka disaring menggunakan satu sistem kemahiran yang agak pelik. Guru-guru di sana diuji dengan bermain akordion. Para pemimpin terdahulu telah menetapkan syarat bermain alat muzik itu wajib untuk seorang guru. Mereka akan bermain lagu seperti "Kita tidak perlu cemburu di dunia ini" yang rentaknya seakan-akan 'twinkle twinkle little star' sebelum memulakan kelas.

4. Buruh paksa

Sumber: news.com.au
Golongan penjenayah yang menerima hukuman dari pihak kerajaan sememangnya adalah golongan yang paling ditindas. Mereka dinafikan hak sebagai manusia dalam kem tahanan dan dipaksa untuk bekerja. Bukan setakat mereka, bahkan seluruh ahli keluarga mereka dipaksa untuk bekerja dalam kem tahanan yang dahsyat. Antara tugasan buruh paksa ini adalah melombong arang batu, menagangkat benda berat dan semua ini dibuat secara percuma. Mereka diberikan segenggam jagung sehari sebagai makanan yang mana mereka makan dalam keadaan berhimpit-himpit dalam sel tahanan. Ramai antara mereka yang disabitkan kesalahan atas tuduhan cubaan meninggalkan negara atau kesalahan jenayah yang lain.

5. Pengunjung Gereja

Sumber: washingtonpost.com
Situasi berlakon dalam negara Korea Utara ini dapat dilihat dalam kebanyakan rumah ibadat seperti gereja di ibu negara mereka sendiri. Para 'pelakon' ini kebiasaannya adalah wanita yang dibayar untuk menunjukkan imej yang murni kepada dunia luar. Gereja di Pyong Yang dipenuhi dengan wanita yang alim melakukan ibadat walhal di Korea Utara sebenarnya mereka menyekat kebebasan beragama. Ini semua dilakukan semata-mata mahu nampak 'tamadun' kepada dunia luar dan para pelancong yang berkunjung.

6. Bintang Pop

Sumber: hyperactivz.com
Seperti di Korea Selatan, Korea Utara pun mempunyai ramai artis popular yang disaring oleh pihak kerajaan. Rakyat Korea Utara dihiburkan oleh golongan wanita yang cantik menawan dipilih sendiri oleh pemimpin kerajaan seperti Kim Jong Un pada tahun 2012. Mereka rasa ianya sebagai satu penghormatan sekiranya terpilih untuk menaiki pentas dan menghiburkan rakyat. Ramai daripadanya adalah wanita dan jarang dari kaum lelaki. Cuci mata!

7. Pemeriksa Beras

Sumber: enduringamerica.com
Sebelum Kim Jong Un memerintah, bapanya Kim Jong Il yang dilaporkan sangat suka mengawal segala-galanya termasuklah perkara yang remeh temeh. Menurut bekas tukang masak mendiang Kim Jong Il, dalam banyak-banyak jawatan pekerja di rumah Kim Jong il, ada satu jawatan pelik yang dikhaskan untuk wanita iaitu memeriksa beras. Oleh kerana pemimpin Korea Utara itu hanya makan beras yang berkualiti sahaja, wanita pemeriksa beras itu perlu menyaring setiap butiran beras dari mata kasar dan membuang butiran yang tidak elok. Hanya butiran sempurna yang akan masuk ke dalam sistem penghadaman pemimpin mereka. -CARI
6

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-2-2018 03:18 PM
Dah namanya Korea Utara apa nak dipelikan semua yang pelik ada kat situ
Quote ninjago 7-2-2018 04:02 PM
kesian tul rakyat dorg ek.. hidup terkongkong, hak sbg manusia dinafikan. depressed tul baca.
Quote mrizumi 7-2-2018 06:30 PM
Apa yg peliknya...
Quote biozipstar 7-2-2018 10:32 PM
semuanya pelik di sana
Quote nisako 8-2-2018 11:48 AM
kesian kat dia org ni................
Quote shernazz 8-2-2018 11:59 AM
Sian depa neh
Hidup hidup.jenkena tipu
Jepun dh musnah la...
Kena.bom.la
Hahahah
Quote @chik 9-2-2018 09:48 AM
kesian betul kat rakyat korea utara ni...
Quote lindarafee 9-2-2018 01:52 PM
sampaikan beras nak disaring sebijik sebijik. melampau
Quote msdummy.2018 19-4-2018 04:56 PM
adoi lah diaorg nie..menjelikkan, melampau
Quote haryatie 20-4-2018 11:07 AM
saring  beras yg x lalu tu..juling mataaa..
Quote fushimi 20-4-2018 11:29 AM
penyanyi tu lawa lawa je aku tengok

kegilaan apakah mahu check beras sebijik sebijik

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041784 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top