CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Reka Bentuk Kereta Terburuk Dunia, Sampai Ada Yang Dipanggil 'Mesin Basuh Bergerak'

6-2-2018 02:00 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 7585| Komen: 24|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Kereta adalah kenderaan yang mempunyai ciri-ciri rekaan aerodinamik bagi melancarkan perjalanan. Namun tidak semua kereta mempunyai rekaan sedemikian rupa kerana atas beberapa faktor yang berkemungkinan komersil. Di bawah adalah beberapa rekaan kereta yang kelakar dan membuatkan kita fikir, adakah kereta ini boleh terjual?



1. Proton Juara

Sumber: en.wikipedia.org
Ramai mengatakan kereta ini sangat buruk. Kereta keluaran tempatan ini berada dalam pasaran Malaysia sekitar tahun 2001 sehingga 2003. Ia adalah model keluaran Proton dengan jualan terendah setakat ini. Ramai menggelar Proton Juara sebagai sebuah 'mesin basuh bergerak'.


2. Fiat Multipla

Sumber: parkers.co.uk
Syarikat Fiat ini pernah ditanya semasa majlis perlancaran Fiat Multipla ini, "Adakah pereka model ini seorang yang buta?". Semenjak dari itu orang yang bertanya itu tidak lagi dijemput untuk hadiri mana-mana majlis perasmian Fiat. Ironinya ramai juga yang mengatakan rekaan 'dagu berlapis' ini buruk dan seolah-olah dibuat dari plastik lembut yang di pam dengan udara. Simon Cowell dari rancangan Top Gear pernah memberi komen rekaan kereta ini seolah-olah 'berpenyakit'. Anda bagaimana?


3. Nissan Cube

Sumber: cars.com
Dihasilkan sekitar tahun 2009-2014, kereta yang tidak mempunyai simetri ini dihasilkan oleh Nissan yang cuba untuk memecah tradisi reka bentuk yang satu seumpamanya. Dengan tingkap sebelah belakang yang 'berat sebelah', kereta ini terjual tidak sampai 1,000 unit dari tahun 2011 sehingga 2014. Ada juga yang mengatakan bentuknya tidak ubah seperti lego bergerak dan seluruh dunia mengakui ianya sebagai antara kereta terburuk pernah dihasilkan.


4. Tata Magic Iris

Sumber: mirocars.com
Sebuah mini van keluaran Tata Motors di India ini kelihatan comel yang memuatkan 4 hingga 5 tempat duduk. Reka bentuknya memudahkan Magic Iris ni menelusuri jalan-jalan di ibu kota India yang kebanyakan sempit. Ia boleh menggantikan motorsikal yang menjadi kenderaan kegemaran warga India untuk bergerak. Namun dari segi reka bentuknya yang kelihatan tidak seimbang menjadikan keluaran Tata Magic ini pelik. Walaupun menjadi pengganti kepada kereta subkompak Tata Nano, ia adalah mini van paling termurah di dunia.


5. Nissan S-Cargo

Sumber: oldconceptcars.com

Mungkin pereka kereta ini adalah seorang yang berimiginasi tinggi kerana Nissan S-Cargo ini betul-betul kelihatan seperti siput. Dengan keluaran S-Cargo ini, betul-betul membuktikan bahawa Nissan sememamngnya berniat untuk menghasilkan kereta kartun dari filem "Who Framed Roger Rabbit" (1988). Nama kereta ini pun bermaksud "siput" dalam bahasa Perancis kerana panggilan "escargot" bermaksud siput. Walaubagaimanapun, motif sebenar Nissan tidak diketahui kenapa mereka menyeluarkannya pada tahun 1989-1991. -CARI
7

Bagus
17

Marah
10

Terkejut
22

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sai_psiko 6-2-2018 02:08 PM
Haha...comey jak keta Nissan s-cargo tuh
Quote prettyuglybabe 6-2-2018 02:12 PM
mesin basuh bergerak? bukan peti sejuk bergerak ek?
Quote zulka 6-2-2018 02:14 PM
buruk buruk Juara tu ada kelebihannya...
1. pintu blakang buka slide...kiri & kanan
2. moto scrambler boleh masuk tegak
Quote zulka 6-2-2018 02:15 PM
Fiat Multipla tu pula, row depan seat dia ada 3....
Quote aHoi83 6-2-2018 02:39 PM
Kete2 kotak ni bersepah org jepun pakai. Malaysian miskin je gigih berkereta sporty ujung2 naik bonggol kene mengereng makan jalan org pastu slow nk mampus.
Quote nisako 6-2-2018 02:45 PM
dah lama x Nampak juara.......
Quote helicornia 6-2-2018 02:45 PM
tak bole blah fiat multipla tu.heran ada org beli.mcm kete kartun je
Quote paz 6-2-2018 02:59 PM
kereta macam ni byk kat jepun.
Quote turboturtle 6-2-2018 03:03 PM
Tata magic iris tu macam rickshaw je.
Quote abangadek 6-2-2018 03:08 PM
org yang membeli tu mesti berpikiran jauh
Quote turboturtle 6-2-2018 03:09 PM
aHoi83 replied at 6-2-2018 02:39 PM
Kete2 kotak ni bersepah org jepun pakai. Malaysian miskin je gigih berkereta sporty ujung2 naik bong ...

Sambil tepek "Be patient i'm lowered"
Quote CardiGans85 6-2-2018 03:16 PM
Juara tu ada sorg cikgu sek men me pakai ms tu..warna kuning..warna ok tp x tau knp pelik semacam.
Quote Artemesiaa 6-2-2018 03:18 PM
Betul tu kereta bentuk sebegini lebih banyak ada kat Jepun kat sini kurang
Quote saviour_09 6-2-2018 03:31 PM
juara
kalo ada duit lebih aku nak cari sebijik
slow2 touch up bagi cun ala mini vellfire
Quote kikuri 6-2-2018 03:36 PM
fiat tu kalo tak tinted dh  mcm akuarium bergerak
Quote azimodin 6-2-2018 04:26 PM
turboturtle replied at 6-2-2018 03:09 PM
Sambil tepek "Be patient i'm lowered"

jangan lupa tayar kengkang...
Quote chinta89 6-2-2018 04:28 PM
hahahaha adoi escargot
Quote palmolive 6-2-2018 05:01 PM
walau buruk kalo masuk 1.2 tsi boleh ke bulan sampainya
Quote LautBiru52 6-2-2018 09:41 PM
Fiat multipla tu mcm rupa ikan keli kan? Hahahaha

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.103908 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top