Siapa sangka insiden kanak-kanak mengejek mau kau hijau yang tular pada 2015 lalu membawa tuah kepada peniaga nasi lemak. Bermula dengan video tersebut, tercetusnya idea untuk menjadikan nasi lemak berwarna hijau dan dimasak pula menggunakan beras basmati yang lebih panjang. Malahan nama warung juga mengambil sempena ‘hijau’ iaitu Nasi Lemak Hijau Gombak yang menjadi sebutan di kalangan pelajar dan penduduk sekitar. Dibuka sejak pertengahan 2016, ia terletak di deretan gerai berhadapan Sekolah Integrasi Gombak. Nasi lemak hijau yang asas, dengan sambal, timun dan papadom dijual RM2. Manakala nasi lemak lauk ayam goreng ala “Kentucky Fried Chicken” berharga RM5. Lauk lain yang disediakan ialah ayam masak merah, ayam kunyit, rendang ayam sambal sotong, daging goring, gulai ikan, sambal kerang dan sambal paru Semua lauk ini berharga RM3. Eh! Tak mahal mana pun untuk sarapan pagi kan? Warung Nasi Lemak Hijau juga mempunyai perkhidmatan penghantaran di kawasan sekitar tanpa pesanan minimum dan dengan caj tambahan RM1. Wah! Bestnya, nak beli sebungkus pun tiada masalah, cuma tambah RM1 yang tak terasa pun nilai tersebut! Beralamat No 6A, Taman Selera, Jalan Sungai Pusu, Batu 8 di Gombak, ia juga menyediakan khidmat katering dengan tempahan maksimum 500 pek. Ada juga yang meminta menu yang dimakan di dalam talam untuk dijamu di masjid. Banyak respon di FB juga menyatakan berpuas hati dengan menu nasi lemak hijau yang sedap, unik serta lauk yang banyak. Pastinya selepas ini ramailah pula yang bertandang untuk merasai keenakan ‘hijau’ yang lazat ini. - CARI Kredit : Fb Warung Nasi Lemak Hijau
|
10
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
5
Sedih |
20
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94: Pewarna tiruan ke?? {:dot
whitePoison replied at 2-2-2018 05:44 PM
lebih suka nasi tu warna putih..sambal dia nampak sedap
supernaturalee replied at 5-2-2018 02:00 PM
hijau striking gini nmpk x menyelerakan
same goes to nasi kerabu yg sgt terang birunya
vanillaninja replied at 5-2-2018 11:07 AM
I sorang je ke yang tak tertarik dengan warna hijau nasi ni?
ADVERTISEMENT