Beli sampai beratus ringgit, guna sebulan terus rosak! Nak menangis tak? Sebab itulah kena faham macam mana nak guna, jaga, dan simpan kuali atau periuk 'kalis lekat' (non-stick pan) ini.
1. Guna Span Lembut Jangan guna penggosok periuk kasar (atau besi). Hanya pilih span yang lembut. 2. Waktu Mencuci Tunggu sehingga kuali atau periuk sejuk barulah dicuci. Ketika masih panas, pencuci boleh bertindak dengan permukaan kuali dan menyebabkan lapisannya lekang dan tertanggal. 3. Suhu Sederhana
Jangan masak dengan suhu tinggi kerana haba sentiasa menyeluruh di permukaan kuali atau periuk. Ini dapat menjimatkan gas atau eletrik. 4. Jangan Biar Kosong Atas Api Kuali atau periuk hendaklah diletak minyak, air atau bahan masakan ketika masih belum panas. Jangan panaskan dalam keadaan kosong. Jika diletak ketika kuali sudah panas, minyak terus meresap ke dalam makanan dan tidak membantu sifat kalis lekatnya. 5. Peralatan Memasak Gunakan senduk, sudip kayu atau plastik (kualiti tinggi) untuk mengelakkan geseran yang akan mengakibat lapisan non-stick terhakis dan rosak. 6. Cara Simpan Elakkan dari menindan antara satu sama lain. Lapiskan dengan tuala supaya geselan tak berlaku. Elok juga kalau ada tempat menggantung khas. 7. Ketahui Jangka hayat Lazimnya, periuk atau kuali non-stick tahan sehingga lima tahun. Jenis yang berkualiti tinggi tahan lebih lama, tetapi mungkin juga tak digunakan selalu. Apabila lapisan permukaannya mulai mengelupas, eloklah "direhatkan". Apa juga perkakas dapur kena tahu jaga barulah berbaloi membeli sebab tahan lama. - CARI
|
5
Bagus |
4
Marah |
13
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT