Sebelum ini Farid Kamil pernah mempertikaikan kemenangan Syamsul Yusof dalam Festival Filem Malaysia. Mengulas mengenai isu ini, bapa kepada Syamsul iaitu pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam menagkui yang dia langsung tidak pernah menyimpan dendam terhadap pelakon itu. "Terus terang saya cakap, saya tiada perasaan marah terhadap Farid. Bagi saya, dia budak muda dan jiwanya sedang memberontak. Ia adalah perkara biasa. Malah kalau ada bahagian yang sesuai, sekiranya Syamsul nak ambil dia berlakon, saya tiada masalah," katanya kepada Astro Gempak. Tambahnya, Syamsul juga tiada masalah untuk mengambilnya berlakon dalam produksi miliknya kalau ada watak yang bersesuaian. "Saya tiada masalah dengan Farid. Usianya dengan Syamsul pun berbeza beberapa tahun saja. Bagi saya biar industri ini sama-sama dimajukan oleh budak muda. Mereka pun pernah bekerjasama dalam filem KL Drift. Syamsul pun pernah menjelaskan dia okay saja apabila berjumpa Farid," tambahnya. Kalau masih ingat, dulu Syamsul pernah bercinta dengan Datin Diana Danielle sebelum putus di tengah jalan. "Dia akur Tuhan sudah tentukan jodohnya tiada dengan Diana. Bagi saya, itu pilihan masing-masing dan Alhamdulillah Syamsul pun sudah ada isteri dan anak. "Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan saya pun mendoakan rumahtangga Farid dengan isteri dan anak-anaknya bahagia hingga ke akhir hayat." Baguslah begitu kan, buat apa nak menyimpan dendam. Tiada gunanya. -CARI |
delia3003 replied at 2-2-2018 11:33 PM
comelnye anak Sol & Sarah
anony-mous replied at 2-2-2018 08:46 PM
Kepam nya puteri sarah liyana
danieladam replied at 2-2-2018 11:43 PM
KEPAM ke chuols? Nape i tgk ok je..tahap biasa2 je la. Xde la smpai kepam.
anony-mous replied at 3-2-2018 12:07 AM
I nmpk kepam. beza la dgn yg dlu. Dah mcm 1st wife kude (yg kawen dgn izreen) tp nmpk wife kude tu ...
nolya replied at 3-2-2018 12:55 AM
Sekepam2 puteri sarah tetap menjadi kelebihan puteri mengharmoniskan keluarga pak yusof haslam. S ...
anony-mous replied at 3-2-2018 01:06 AM
Ooo yeke. Ada je yg kepam xbahagia
anony-mous replied at 3-2-2018 01:06 AM
Ooo yeke. Ada je yg kepam xbahagia
nolya replied at 3-2-2018 01:23 AM
Sebenarnya kita tak boleh mengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga drp kepam atau tak kepamnya se ...
kucen_miang replied at 3-2-2018 01:22 AM
contoh...ko ke?
anony-mous replied at 2-2-2018 08:46 PM
Kepam nya puteri sarah liyana
delia3003 replied at 2-2-2018 11:33 PM
comelnye anak Sol & Sarah
ADVERTISEMENT