CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Kondem Dulu, Dah Cuba Baru Tahu Selera Pasti Terpaut Di Makan Culture!

28-2-2018 11:20 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 7480| Komen: 7|Original author: Oleh: Zailina

Dalam masa hanya empat bulan, restoran ini sudah membuka tiga cawangan (kini sudah ada lima cawangan). Maknanya, ia mendapat sambutan hangat. 


Tentulah sebab menunya 'lain daripada lain' iaitu kombinasi masakan Asia dan Barat. Nampaknya ia agak outstanding berbanding restoran lain. Jom tengok apa lagi yang ada di sini.

Dekorasi berkonsep minimalis menjadikan restoran ni sangat selesa. Ada tiga kombinasi kerusi sesuai untuk mereka yang suka formal sikit atau santai-santai minum kopi sambil menikmati kuih-muih Nyonya atau kek yang popular. Pasti peminat desert takkan kecewa dengan aneka pilihan. 


Dekorasi dalaman yang nyaman di Makan Culture


Ada pilihan menarik untuk kanak-kanak dan manisan

Selain Nasi Volcano atau Nasi Paha Som Tam, ada Kong Lam Noodle, Lekor Cheese (keropok lekor berkeju), Cucur Sayur dan pelbagai pilihan suka ramai seperti Nasi Lemak Ayam Goreng, Seafood Tom Yum, Cheezy Fries dan sebagainya. Yang penting, anda mesti mencuba Laksa Selangor. Uniknya pelanggan boleh memilih antara mi, bihun atau yee mee sebagai asasnya.


Beraneka hidangan yang akan memenuhi bermacam citarasa

Pelanggan vegetarian juga mempunyai empat pilihan istimewa. Malah, kanak-kanak juga boleh memilih sajian seimbang dengan buah-buahan di dalam bekas menarik. Ada sosej, spageti atau nasi goreng yang disajikan bersama kentang goreng. Harga untuk setiap satu RM12.50 saja. Memang berbaloi!


Mantau dengan Chicken Buttermilk. Serius sedap weh.

Jangan lupa memesan minuman Sloppy Mugs dengan pilihan Triple Chocolate atau Cookies & Cream. Gerenti kenyang kerana ia turut dihiasi brownis, pretzels atau biskut cip coklat. Nak cuba Teh Tarik Leleh pun boleh, selain 12 jenis jus 'sparkling' dan 'slushes'. Pendek kata, puas hatilah dengan senarai makanan dan minuman yang ditawarkan. Malah, minuman boleh diambil ikut suka dengan pakej makan tengah hari yang ditawarkan.


Teringin pasta? Tersedia dengan pelbagai sos dan lauk.

Paling penting, pelayan begitu mesra dan pesanan selalu tiba cepat (lebih cepat daripada kebanyakan restoran lain yang seumpamanya). Hidangan juga agak besar, memang mengenyangkan walaupun dikongsi berdua untuk satu hidangan. 

Dengan harga yang berpatutan, makan di Makan Culture ini memang tak mengecewakan.

Alamat: Melawati Mall (Taman Melawati), AEON Big (Wangsa Maju), Berjaya Times Square, Ampang Point dan The Mines.


Tak kenal, maka tak cinta. Bawalah insan tersayang untuk menghangatkan lagi makan tengah hari atau malam anda! - CARI
9

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alexis228 28-2-2018 05:14 PM
#bucketlist
dekat ngan rumah..leh la pergi cuba ni..
Quote syue86 1-3-2018 08:50 AM
ya ampun cm sedap sgguh chicken buttermilk tu..dh la I suke mantou
Quote pearl.silver 2-3-2018 11:51 AM
Ouu..dekat je nih..walaupun jauh gak
Quote batman_2007 2-3-2018 02:50 PM
Stalker cafe ada tak?? Hehehe. @matdeghem
Quote MatDeghem 2-3-2018 03:00 PM
batman_2007 replied at 2-3-2018 02:50 PM
Stalker cafe ada tak?? Hehehe. @matdeghem

acik kluangman frust tonggeng....fatah amin kawin fazura. tag bg mat merata....harap semua faham & maklum





tsk tsk tsk.....
Quote batman_2007 2-3-2018 03:00 PM
MatDeghem replied at 2-3-2018 03:00 PM
acik kluangman frust tonggeng....fatah amin kawin fazura. tag bg mat merata....harap semua faham & ...

Kepok lekor 3 ketul. Hehe

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050922 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top