Bermula dengan kaji selidik majalah gaya hidup, Time Out London yang meletakkan Singapura sebagai kota kedua paling bosan di dunia kerana cuma bagus dalam perkhidmatan pengangkutan awam dan keselamatan sahaja, namun gagal menarik perhatian pelancong dari faktor seni dan budaya. Terasa dengan kenyataan itu, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) memberi maklum balas secara sarkastik dengan menghasilkan video mengiyakan bahawa “There is nothing exciting to do." (Tiada yang mengujakan untuk dilakukan). Video berdurasi 56 saat dimulakan dengan pengakuan sinikal “Singapore is boring ... there is nothing exciting to do."
Dalam video itu, latar tarikan seperti pertunjukan bunga api di tengah kota, Universal Studios Singapore, perlumbaan Formula One, Musium Artscience, serta aktiviti terjunan bungee kendalian AJ Hackett di Pulau Sentosa dipaparkan. "Ya, Time Out London, kami agak ‘tidak mengujakan’,” kata paparan video itu sambil diteruskan dengan visual pelbagai makanan tempatan, termasuk hidangan ayam bertaraf Michelin yang hanya berharga 2 dolar di Chinatown, bersama kapsyen: “Semuanya mahal.” Bila dibaca keseluruhan Indeks Kehidupan Kota 2018 itu, memang ia boleh dipertikaikan pun kerana mengambil 32 kota sahaja di seluruh dunia untuk didebatkan. Padanlah Singapura marah kerana cuma satu tangga sahaja di atas Istanbul. Chicago mendahului senarai tersebut, diikuti Porto di Portugal dan bandar raya New York, yang mendapat markah tinggi dari aspek makanan, minuman, budaya, kemesraan, kemampuan, kebahagiaan dan kehidupan. Nampaknya ia bukan pertama kali Singapura ‘terasa’ lalu memberi respon sarkastik. Pada April lalu, ia memuat naik gambar-gambar ke media sosial untuk menafikan ketidaktepatan geografi dan fakta seperti yang dipaparkan dalam episod program televisyen terbitan CBS, Criminal Minds, yang mengetengahkan zon ‘lampu merah’ Geylang sebagai ‘sisi gelap di destinasi syurga’. Ada beberapa iktibar iaitu tidak semua yang dipaparkan di media barat tepat. Tapi, mujurlah juga Malaysia tidak tersenarai. Kalau tidak, bagaimana respon Menteri Pelancongan agaknya. - CARI |
9
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut: X kisahlah boring pun.. currency tinggi, tiap minggu boleh turun johor atau negeri lain holiday.. yg penting transportation bagus..
sally03tomato replied at 5-2-2018 01:21 PM
Mesti ko rs malaysian x mampu bercuti selalu kann
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 06:38 AM
tempat tarikan yang dia ada, most ada kat negara lain..
universal, museum, F1, bungee..
food pun s ...
Themilo replied at 5-2-2018 03:46 PM
takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah
Cuma 'ika ...
Themilo replied at 5-2-2018 03:46 PM
takde sisthur.. semua yang ada kat singapore tu ada kat Mesia & lagi murah
Cuma 'ika ...
ADVERTISEMENT