CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Agak-Agak La Nak Tidur Waktu Siang, Anak Merangkak Sampai Ke Jalan Raya Dah Tu

5-2-2018 01:44 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7334| Komen: 42|Original author: Oleh: Whitney


Isu keselamatan anak-anak tidak pernah sunyi. Ada sahaja kes yang melibatkan anak-anak yang sentiasa berada dalam situasi bahaya. Keselamatan anak-anak bukan sahaja di luar rumah tetapi di dalam rumah juga dan pasti ianya menjadi tanggung jawab ibu bapa atau penjaga.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil perlu lebih peka dan tidak boleh lalai tentang perkara-perkara yang melibatkan keselamatan. Banyak kes anak lemas dalam baldi, terjatuh dari beranda rumah, tersimbah air panas dan sebagainya. Perkara tersebut sangat menyayat hati.

Lebih bahaya dan seakan tidak masuk akal, ada anak yang dibiarkan merangkak dari rumah sehingga ke jalan raya. Kisah ini tular di media sosial dan menerima pelbagai kecaman dan pendapat daripada netizen. 

Kes sebegini jarang-jarang berlaku di negara kita dan kisah tular ini juga sebenarnya berlaku di Thailand. 



Nasib baik tiada kenderaan yang bawa laju waktu itu. Jika tidak, entah apa nasib anak kecil ini. 


Memang sangat-sangat bahaya. Anak yang masih kecil akan bergerak ke mana sahaja jika tidak dijaga dan dikawal pergerakannya. Pantang je nampak pintu rumah terbuka, cepat je anak-anak tu keluar. 

Kalau tak kena langgar dengan kenderaan, mungkin kena culik dan sebagainya. 


Ada netizen yang bengang dengan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut. Boleh mereka tidur mati dan tak sedar anak merangkak sejauh itu.

Netizen yang ada pengalaman anaknya hilang dalam rumah turut berkongsi cerita. Kadang-kadang ada ibu yang tak sangka anaknya bangun dari tidur dan terus merayap ke mana-mana. Apa-apa pun, kalau dah ada anak kecil tu, kenalah sentiasa beringat.  


Kalau kes sebegini terjadi atas kecuaian diri sendiri, mungkin tidak begitu terasa salah sendiri. Bayangkan kalau terjadi semasa anak dibawah jagaan pengasuh atau taska, mahunya di saman. Semuanya berbalik kepada tanggung jawab dan amanah.- CARI 

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
13

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MyNameIsIris 5-2-2018 01:46 PM
jauhnya dia merangkak....
mesti laju ni
nasib baik takde apa2 yeee
Quote moonbug 5-2-2018 02:01 PM
Alhamdulillah takde benda buruk jadi
Quote kikuri 5-2-2018 02:06 PM
Edited by kikuri at 5-2-2018 02:08 PM

budak budak merangkak memang laju oii... anak aku yang baru stat heret badan pun bukan main laju je.. tau tau dah terantuk dinding tak dan brek..
kut ye pon nak tido tutup ler pintu oiii
Quote tagas 5-2-2018 02:16 PM
kus semangat

nasib baik ade org nampak

buat nye lori laju tak sempat brek bersepai oii
Quote mamapea 5-2-2018 02:17 PM
bahaya betul la...nasib baik la x masuk dlm longkang ke...
Quote prettyuglybabe 5-2-2018 02:19 PM
ini menunjukkan persekitaran tempat tu aman tak ada perompak pencuri..
tido mati pun tak kisah pintu tak tutup tak kunci
Quote gekkou 5-2-2018 02:20 PM
tidur sambail membiarkan pintu ternganga luas
biarkan angin masuk sepoi-sepoi
nikmatnya
kata mereka
Quote mieymiey 5-2-2018 02:55 PM
Memang aman sangat la tu kalau dah lakibini boleh tidur tak tutup pintu.
Quote manehnya 5-2-2018 03:43 PM
kt penang pun ada .. beberapa tahun lepas, waktu tengahari.. tgh dok syok2 sembang dlm keta tetiber member yg drive menjerit.. ada budak (toddler) pakai pempers ja, dok tgh jalan,

masyallah, kering darah weih...

seb bek la tgh x laju , klu idak dh jd kes la, terus berentikan kereta p cari rumah budak tuh..

n guess what, mak dia INDON kawen ngan local, menyewa ja kt situ.. dah tu bila km bg anak dia, dia p bambu pulak anak nya tuh.. dia yg bengong biarkan anak dia (kelihatan pintu terbuka)

ngek
Quote yangsemb 5-2-2018 03:48 PM
Homaiii...seriau sunggoh {:question
Quote rosasen 5-2-2018 03:56 PM
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 02:19 PM
ini menunjukkan persekitaran tempat tu aman tak ada perompak pencuri..
tido mati pun tak kisah pint ...

tambah lg 1....penculik...hehe
Quote puteribaya 5-2-2018 04:04 PM
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 02:19 PM
ini menunjukkan persekitaran tempat tu aman tak ada perompak pencuri..
tido mati pun tak kisah pint ...

aihh tido mati makpak dia..lepas ngesek luar rumah ke?sampai penat sgt x sedar..sib baik la org kata kanak2 ni ada malaikat menjaganya..kalu jadi apa2 menangis x belagu laaa mak pak dia
Quote puteribaya 5-2-2018 04:05 PM
manehnya replied at 5-2-2018 03:43 PM
kt penang pun ada .. beberapa tahun lepas, waktu tengahari.. tgh dok syok2 sembang dlm keta tetiber  ...

menyirap darah aku dengar cite ko ..kalau meols..meols sekeh mak dia sedas dua..hidup mnyusahkan org
Quote teen_angelJB 5-2-2018 04:15 PM
Dulu penah anak staff kat opis aku meningal sebb lemas kat lopak air..
Time tu br lepas banjir.. X perasan anak tu klr sendiri g main lopak sat lagi lemas.. Huhu..
Penjaga anak time tu kat dapo.. Pintu rumah dibiarkn terbukak.. Huhu
Quote rosa_canina 5-2-2018 04:51 PM
nasib baik org yg jumpa takbawak laju  

Quote palmolive 5-2-2018 04:56 PM
kalo nak kecam kena la dlm bahasa thailand...kalo tak buang karan jek
Quote Artemesiaa 5-2-2018 05:15 PM
Sepatutnya hukuman harus dikenakan keatas ibubapa yang cuai sebegitu
Quote Jajabeans 5-2-2018 06:03 PM
sedihnyaa tgk baby ni. masa merangkak tu agak2 xmengutip ke batu2 masuk mulut. lutut tu tak tersagat ke dgn jalan tar.. hadoii siannya tgk
Quote imransulaiman 5-2-2018 06:50 PM
Mak pak tidur "kepenatan" kot...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052076 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top