CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Runtuh, Van Bawa Budak Sekolah Nyaris Jatuh Gaung

8-2-2018 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2723| Komen: 11

Mengerikan apabila seorang pemandu van yang membawa beberapa orang murid sekolah nyaris maut apabila kenderaan tersebut hampir terjunam ke dalam cerun curam.

Kejadian yang berlaku di Kapit itu adalah susulan terdapat sebuah jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan Antoroh yang dilaporkan runtuh. 

Bernama melaporkan mereka bernasib baik apabila pemandu tersebut sempat memberhentikan kenderaan tersebut dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.40 pagi. Hanya roda kiri bahagian depan van itu mencecah tebing cerun berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan kita menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian pada 8.09 pagi hari ini,” kata Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian yang dihubungi Bernama.

Laluan kira-kira 30 meter panjang di Kilometer 1.1 Jalan Antaroh, Sungai Sebening menuju ke Sekolah Kebangsaan Antaroh itu runtuh akibat tanah susur berikutan hujan lebat berterusan sejak malam semalam.


Beliau berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan tanda amaran dan penghalang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kapit itu berkata, pihak JKR sedang membuat jalan alternatif berhampiran jalan tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

Foto Bernama
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kapit berkata, panggilan mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pemandu van yang membawa murid-murid sekolah terus ke balai kira-kira 6.30 pagi.     

Menurutnya, pihaknya yang tiba di tempat kejadian kemudian memberikan bantuan untuk menarik van itu ke tempat selamat. - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 8-2-2018 11:21 AM
Pkl 5.40 am dah dalam van....
Pkl brp bangun?.....balik sek pkl brp lak sampai rumah?

Kerajaan patut buat asrama je kat sek sana...
Quote zulka 8-2-2018 11:31 AM
perghhh..nyaris2
Quote zulka 8-2-2018 11:34 AM
jazaa100 replied at 8-2-2018 11:21 AM
Pkl 5.40 am dah dalam van....
Pkl brp bangun?.....balik sek pkl brp lak sampai rumah?

sana pukul 6am matahari dah tinggi..masuk skolah 6.20.. balik 4.50pm
sana pkul 6pm dah gelap
  

Quote nisako 8-2-2018 11:45 AM
nasib baik................
Quote LabuLabi69 8-2-2018 12:11 PM
jazaa100 replied at 8-2-2018 11:21 AM
Pkl 5.40 am dah dalam van....
Pkl brp bangun?.....balik sek pkl brp lak sampai rumah?

dkat sna cpt siang. dulu time skolah 5.30am dh tpacak depan rumah dh.
Quote jazaa100 8-2-2018 12:16 PM
LabuLabi69 replied at 8-2-2018 12:11 PM
dkat sna cpt siang. dulu time skolah 5.30am dh tpacak depan rumah dh.

Iya ke.....

Maksud akk perjalanan yg jauh ke sek tu....
Quote Artemesiaa 8-2-2018 12:22 PM
Mengerikan nasib semuanya selamat
Quote ~boolean 8-2-2018 12:23 PM
jazaa100 replied at 8-2-2018 11:21 AM
Pkl 5.40 am dah dalam van....
Pkl brp bangun?.....balik sek pkl brp lak sampai rumah?


Kurang 1 jam tu macam tak jauh sangat sis...kalau nak ambil budak satu persatu biasa saja sampai setengah jam. Aku dulu pun hampir 40 minit habis masa dalam bas aja.
Quote Burong_Hantuk 8-2-2018 02:33 PM
SUKOR kerna selamat
Quote sarahmirza 8-2-2018 02:40 PM
jazaa100 replied at 8-2-2018 11:21 AM
Pkl 5.40 am dah dalam van....
Pkl brp bangun?.....balik sek pkl brp lak sampai rumah?


Anak i pukul 6.05am van dah depan rumah.
Sekolah masuk 7.20am, lambat sikit gate kecik dah kena kunci.
Zaman i sekolah dulu, loceng sekolah bunyi 7.45am...
entah apa benda nak dikejarkan la sekolah sekarang nak cepat2 tutup gate sekolah.
Bukan terus belajar pun, dengar cikgu membebel dulu..
baik la bersenam style jepun dari dengar cikgu bebel kat perhimpunan hari2 tu
Quote LabuLabi69 9-2-2018 09:39 AM
jazaa100 replied at 8-2-2018 12:16 PM
Iya ke.....

Maksud akk perjalanan yg jauh ke sek tu....

tak de jauh sngt cuma jalan yg buat jauh.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.205637 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top