Sumber foto: youtube Hubungan kekeluargaan antara Sufi Rashid dan ibunya dilihat semakin buruk biarpun dikhabarkan telah berbaik pada September tahun lalu. Melalui akaun laman sosialnya, ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015 itu telah memuat naik satu status dan memberikan gelaran 'kafirun' dan 'munafik' kepada seseorang yang dipercayai ditujukan kepada Sufi. Menurut temubual oleh akhbar online mStar, Sufi menyatakan dia terlaau sibuk sehingga tidak mengetahui dan mengambil tahu mengenai ‘posting’ ibunya itu. “Saya tidak tahu, saya tidak sedar dan saya tidak pernah dengar pun. Saya sentiasa sibuk. Mungkin sebab saya artis, semua orang bercakap tentang saya. “Saya tidak tahu mengenai muatnaik tersebut, demi Allah. Saya sibuk mencari rezeki. Tetapi apabila ada kontroversi begini saya malas mahu ambil tahu. Sumber foto: Iluminasi.com Dia juga menafikan hubungan dia dan ibunya bermasalah. Sufi juga menyatakan dia ada menghubungi ibunya ketika kunjungannya ke Singapura baru-baru ini. “Saya ada balik ke Singapura baru-baru ini. Cuma sempat berada sehari di sana. "Saya ada hubungi ibu tetapi dia tidak membalas mungkin kerana sibuk. Hubungan kami baik, tidak teruk seperti yang digambarkan. “Mungkin ada orang lain yang cuba mempertikaikan ibu saya, mencari pasal dan kongsikan keburukan ibu saya,” jelas Sufi. Manakala apabila ditanya tentang tuduhan ibunya itu, Sufi memberikan kenyataan berikut. “Teruskanlah menuduh saya kalau rasakan ianya betul. Saya duduk dengan siapa adalah antara saya dengan Tuhan. Kalau ada yang buat andaian, teruskan. Saya tahu apa yang saya lakukan. Apa saja yang saya buat, itu antara saya dengan Tuhan. Tiada kena-mengena dengan sesiapa. "Mungkin orang yang memuat naik perkara tersebut inginkan perhatian kerana telah lama tidak mendapat perhatian. Saya tidak akan beri perhatian pada ‘posting’ tersebut kerana saya sudah besar. Semua artis akan hadapi perkara ini.” - CARI |
19
Bagus |
18
Marah |
7
Terkejut |
16
Sedih |
23
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dubidubii replied at 8-2-2018 01:31 PM
mak sufi ni mmg species nerako, mak yang sayang anak tak begini walau anaknya salah.
ADVERTISEMENT