CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Penghantar Barang Jadi Tular

9-2-2018 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5369| Komen: 28

“Saya hanya memuat naik status berkaitan perkhidmatan membawa penumpang dengan motosikal untuk mendapat maklum balas rakan Facebook mengenai potensi sekiranya saya cuba menyediakan perkhidmatan terbabit.


“Namun, selepas mengetahui ia menyalahi undang-undang, saya mencari alternatif lain dan bercadang memperluaskan khidmat penghantar barang atau Runner yang dilakukan ketika ini."

Itulah yang dikatakan oleh Yus Nor Shaqirah Yus Azman Shukri, 20 iaitu gadis yang menjadi tular kerana menyediakan khidmat penghantaran penumpang wanita, menggunakan motosikal.

Katanya lagi, idea timbul selepas pulang dari Indonesia.  

“Kebetulan pada waktu itu saya menjalankan khidmat penghantar barang menggunakan motosikal dan ada juga pelanggan mengesyorkan agar saya turut membuat penghantaran penumpang.

“Malah selepas memuat naik status mengenai idea terbabit, ramai yang memberikan maklum balas positif dan berminat mendapatkan khidmat berkenaan.


“Namun, saya melupakan hasrat itu selepas dimaklumkan perkhidmatan membawa penumpang menggunakan motosikal diharamkan kerajaan sejak Februari tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro. 

Foto: Harian Metro
“Sebelum ini, saya mengambil tempahan bagi servis menghantar barangan dan makanan daripada rakan menggunakan motosikal Yamaha 135LC.

“Jadi, ramai juga netizen meminta saya menghantar barang mereka selepas perkara itu tular dan buat masa ini, saya mahu fokus kepada perkhidmatan menghantar barang saja,” katanya. - CARI 
10

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bakih66


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 9-2-2018 10:42 AM
cari rezeki elok²...zaman skang banyak kejadian yang tak elok dari yang elok...
Quote Vokuro 9-2-2018 10:47 AM
Tular sebab muka siap, kalau muka hodoh tak siap?merepot lah kau dengan motor kau tu dek
Quote DARSITA 9-2-2018 10:50 AM

Bahaya perkerjaan seperti ini. Seperti juga texi yang dipandu oleh kaum wanita.  Semoga adik ini tidak masuk muka depan akbar di satu hari nanti.
Quote Artemesiaa 9-2-2018 10:52 AM
Macam dah pernah disiarkan dan ulang cerita je
Quote grouper 9-2-2018 10:52 AM
Org cantik ni senang cari duit, tapi masalah lain plak senang datang...
Quote InVendeTTa 9-2-2018 10:53 AM
Nampak sangat di kalangan melayu ni dah kepupusan pompuan yg cantik dan berusaha gigih camni..ramai yg muka dlm pembinaan jek.mmg edisi rare la sampai nak viral bagai.maka ramailah lelaki dahi licin muka x siap trtibe ber-abang2 nk cucuk jarum..
Quote bangcak 9-2-2018 10:54 AM
Artemesiaa replied at 9-2-2018 10:52 AM
Macam dah pernah disiarkan dan ulang cerita je

kalu tak silap dia porumer jugak kan?
Quote saviour_09 9-2-2018 11:40 AM
sebab muka ada market
viral la
cuba muka acik kepam???
nan hadooo
Quote mizruncing 9-2-2018 12:09 PM
aku dah lame plan nk buat grab bwk penumpang cmni. tp dak laki suka dok usik nk tumpang terus laki aku suh dok umah
Quote nolya 9-2-2018 02:56 PM
Wah, dah ada ojeknita ke? Apa salahnya kan, dikhususkan untuk wanita sahaja. Tapi kena ada lesenkah?
Quote adel7 9-2-2018 03:06 PM
Ade rupa dik mmg laku keras lah kau buat apa pun. Tp bagus lah cari rezeki halal.
Quote DollahRepek 9-2-2018 03:28 PM
Hati2 menunggang motosikal.
Quote AbukRokok 9-2-2018 03:53 PM
nak order akak hantar barang berapaye?
barang ape?
hantar hati saya kepada awaaaa cya cya cya
Quote haryatie 9-2-2018 03:59 PM
muka siap semua org pandang n jd viral laaa...
hati2 jerk la...
bwk penumpang prempuan pun kena hati2
bukan semua prempuan baik..
Quote Fieza-mira 9-2-2018 04:44 PM
Adakah malaysia sedang 'menuju kearah indonesia'?? Segala budaya pprt indon nak di import ke sini.

Hari  tu tular gadis jual sandwich kat jalanraya, sekarang nak tular bawak ojek pulak..very the indonesian
Quote sabar_sabariah 9-2-2018 05:43 PM
haryatie replied at 9-2-2018 03:59 PM
muka siap semua org pandang n jd viral laaa...
hati2 jerk la...
bwk penumpang prempuan pun kena ha ...

adakah maksudnya
"Bukan semua perempuan lurus.."
Sebab ramai jugak yang bengkok
Quote AmandaRollins 9-2-2018 05:47 PM
Fieza-mira replied at 9-2-2018 04:44 PM
Adakah malaysia sedang 'menuju kearah indonesia'?? Segala budaya pprt indon nak di import ke sini.
...

Kannn..very the pprt..mcmana nk menuju ke arah negara maju klu rakyat sendiri xde inisiatif?semua nk follow negara mundur..choyy sgt
Quote abangadek 9-2-2018 05:52 PM
rajin cari rezeki moga2 ada rezeki lain
Quote batmana 9-2-2018 06:05 PM
bahaya la woii!!

kalu ko bapak gadis ni, pi la nasihat elok2

anak muke siap pun tk sedar

nk aja aku lempang anak beranak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.157445 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top