CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cikgu Ketuk Kepala, Kata Dia Pemalas! Dia Tak Tahu, Sebenarnya Anak Saya...

9-2-2018 04:20 PM| Diterbitkan: Cari-Abdul| Dilihat: 9243| Komen: 49|Original author: Oleh: Abdul

Semua sudah sedia maklum, tugas seorang guru adalah  untuk mendidik para pelajar.

Namun tak dapat dinafikan ada sesetengah guru yang tidak dapat mengawal perasaan ketika seseorang pelajar itu tidak dapat memenuhi kehendaknya.


Lebih-lebih lagi apabila pelajar itu memang ada kesukaran dari segi pembelajaran.

Inilah yang terjadi apabila seorang pengguna Twitter yang bernama Sazwani meluahkan perasaan tentang nasib anaknya menghidap penyakit Dyscalculia

Buat pengetahuan,  Dyscalculia adalah sejenis gangguan dari segi pembelajaran yang boleh menjejaskan kemampuan untuk mengira.


Ini luahannya, bacalah.

Sumber-Twitter
Siapalah yang tak sedih bila cikgu sewenang-wenangnya melabel anaknya sebagai seorang yang pemalas tanpa mengetahui masalah sebenar pelajar itu.

Perkongsian ibunya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari para netizen.

Ada yang bertanya kenapa anaknya tidak dihantar ke pendidikan khas, ini jawapannya: 

Sumber-Twitter
Ada juga yang secara sukarela ingin mengajar anaknya itu secara percuma kerana dia juga pernah melalui situasi itu.

Sumber-Twitter
Malah tak ketinggalan juga ada yang memberi sokongan kepada anaknya itu dengan kata-kata positif.

Sumber-Twitter
Setelah dibanjiri dengan pelbagai komen dari para netizen, Puan Sazwani telah mengabdikan kata-kata positif tersebut dengan cara yang paling istimewa.


Sumber-Twitter
Sumber-Twitter
Apa-apa pun harapnya anak itu menjadi anak yang berguna di masa hadapan. Kepada para pendidik, kalau anak murid itu bermasalah tolonglah selidik dahulu mengapa dia sebegitu, janganlah main marah je. Setuju? -CARI
19

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 9-2-2018 04:33 PM
Kesian adik ni.
Quote Rainrein 9-2-2018 04:37 PM
Dia x bagitau dulu ke cikgu anaknye pasal hal ni,xdela cikgu buat macam tu cos cikgu tu dah aware and paham condition anak dia. Not saying ketuk ketuk kepala anak orang tu ok, kalu kena kat anak ai pun hangin jugak rasa.
Quote saviour_09 9-2-2018 04:43 PM
bodoh sgt la cikgu main ketuk2 kepala anak orang ni
ada share saham ke besarkan budak tu?

kecam lebih2 kang start la #stand4 #pray4 #unity4 yadayadayada diorang tu

Quote sarahmirza 9-2-2018 04:51 PM
Ada cikgu... ustazah la konon..
Depan muka budak tu dia cakap, “bodohnya awak ni”.

Quote Iema5008 9-2-2018 04:54 PM
Ksian adik tu... mak dia pun patut info kat cikgu anak dia tak kira cekgu tu baru start mgajar atau cikgu lama.. sentiasa update perkembangan kelas2 anak special ni.. kwn aku dia buat mcm ni sbb tmpt dia xda kelas pendidikan khas dan sebagainya.. tpaksa masuk kelas biasa. Tp dia sentiasa update guru besar, guru kelas dan guru2 matapelajaran anak dia.. malah dia letak info kat pencil case anak dan tag khas kat beg anak dia besar2. Sebab dia tau, kdg2 cekgu pun pndai ilang sabar bila berhadapan dengan budak tak reti biasa ni... cuma berharap mak pak luar sana jgn jadi kn alasan anak anda autism atau sebagainya sebagai jalan utk anda malas nak didik anak anda dan biarkan dia buat sesuka ati... kena extra usaha banding anak normal.. bila anak tantrum cepat2 tenang kn jgn buat dek. Bila anak buat hal cepat2 urus.. utk cikgu pula kurang kn lah amarah dalam diri.. bila tgok bebudak tak betul tu cpt2 rujuk mak pak dia.. jgn ketuk2.

Tp aku dulu bila cekgu marah sbb aku tak paham selamba cekgu rotan, cubit dan berdiri atas meja hahaha.. kalau bgtau kat mak pak confirm aku akan dapat habuan kali ke dua lg..
Quote kakigebang 9-2-2018 04:59 PM
dulu kecik2 aku pun ada masalah math ni .. tapi lepas kena ajar dgn bapak aku yg garang, hilang dah penyakit tu ..pas kena rotan berkali2 lama terus ingat dah segala sifir dan  score math dengan mudahnye .... skrg ni penyakit ni berjangkit pada anak aku gak.. cume aku tak segarang bapak aku la, dah nampak improvemnt skek
Quote chikumanis 9-2-2018 05:07 PM
masa anak aku tadika 6t, cikgu kelas dia duk pukul kepala dia..jenuh la cakap berkali2 yang dia memang slow learner...tapi cikgu tu dukla heboh kata ada student dia lagi slow learner tapi dah besar jadi doktor, lawyer, lecturer, yada...yada...aku pun ha ha jelah...sudahnya aku doa, tadika dia melingkup..tahun lepas memang dah tutup tadika tu..

tulah, pedajal lagi anak orang..aku padankan je muka dia...nak ajar tapi x ikhlas!!
Quote nooriesz 9-2-2018 05:12 PM
siann budak ni.. budak tu ade mslh xpatut la kot nk buat cmtuu.. dr elok nk mengira.. trus lgsg xleh..

tp aku paham gk la keadaan cikgu ni.. mengajor budak bknnye skit2, raaamai.. aku yg mengajor ank buah aku yg sorang tu punnnnnn bengkek jugak dibuatnye.. ape yg xfaham2 lg ko ni..

tp aku perasan kn.. ramai cikgu2 meninggal muda.. tmpt aku 2 org cikgu meninggal last month sbb yg sme, hypertension.. sorang umur 42.. sorang lg xingat umurnye.. pun sian gakk
Quote orgsepang 9-2-2018 05:14 PM
Perlu ke ketuk2 kepala bagai. Fobia budak tu nanti
Quote CiliPadiSedap 9-2-2018 05:20 PM
Cikgu tu baru lepas  live bigo , xdpt full house, tu tension..
Quote tengkujuh01 9-2-2018 06:03 PM
alahai....kes camni tak patut nak salah mana2 pihak samada pihak guru atau pun ibu bapa

cuma situasi sekarang ni....ibu bapa semakin berani untuk viral kan, konon dpt simpati dari netizen

#ntahapaapaje
Quote Diamje 9-2-2018 06:10 PM
Aku selalu ambil berat kisah mcm ni. Aku muhasabah diri aku. Btul dalam kelas mmg ramai yg x boleh menerima pelajaran dgn baik sbb diorg x matang lagi. Tapi sistem pendidikan yg push cikgu...salahkan cikgu...anggap cikgu x mengajar bila murid x capai limit minimum.

Terus terang..budak kelas aku yg slow learner aku hanya mampu bg latihan yg paling mudah. Even dh drjah 6 pun otak diorg still mcm drjah 1/2.  Aku selalu ingatkan diri aku spya jgn la aku jd cikgu cmni kt anak murid aku sbb aku mse kecik pon slow gak. Smpai kene masuk kelas pemulihan. Tapi bila aku dh capai tahap kematangan dalam drjah 4 alhamdulilah semua nya ok..

Aku x nak cmpak buku murid..aku x nak ckp murid aku bodoh..aku x nak sakitkan hati murid aku.. Kdg2 aku marah diri aku sndri...kenapa aku nk marah murid yg slow sedangkan aku masa kecik pon slow..tp tu la bila aku x dpt kawal tekanan dri pihak atas msti anak2 murid jd mangsa..

Tapi budak2 hati bersih dan suci... Lepas aku marah diorg ttp dtg salam aku..cium tgn aku..senyum kt aku... Aku rasa bersalah sgt...
Sorry out of topic... Hehehhe
Quote Oroi8887 9-2-2018 06:15 PM
Kesian juga la bdk ni. Tapi ada kes lain tu, mak bdk da tau ank ada mslh, tapi tak nak hantar sklh khas..
Quote jazaa100 9-2-2018 07:04 PM
Knp tak  pergi jumpa cikgu....
Nak mengadu kat socmed pulak....

Ingat org kat muka buku kau tu blh selesaikan pblm?
Quote armin 9-2-2018 07:44 PM
chikumanis: masa anak aku tadika 6t, cikgu kelas dia duk pukul kepala dia..jenuh la cakap berkali2 yang dia memang slow learner...tapi cikgu tu dukla heboh kata a ...

Eh babinya cikgu tu. Dah salah pun kurang ajar lg
Quote armin 9-2-2018 07:47 PM
Teringat pelakon Maze Runner, Newt. Dia pun ada dyslexia. Masa kecik belajar xpandai so mak dia encourage buat apa dia minat so dia jd pelakon. N dia ckp masa kecik umur 5 tahun tu pun xde kenangan manis pun pasal belajar. Even now pun dia jenis bkn bersocial sgt.
Quote noraidil_06 9-2-2018 08:22 PM
Hugs.moga mak n ank kuat
Quote aurorae 9-2-2018 10:04 PM
Rainrein replied at 9-2-2018 04:37 PM
Dia x bagitau dulu ke cikgu anaknye pasal hal ni,xdela cikgu buat macam tu cos cikgu tu dah aware an ...

aku   pun ada masalah yang sama, anak ada mild dylexia.  Sekolah Cina.  Dah bagitau cikgu, tapi cikgu tetap cakap dia pemalas dan suka main2.    Masa mula2 dulu, aku pun kadang2 terlupa dan marah2.   Sedangkan aku tau dia ada dileksia dari umur 5 tahun, bila dia dah tunjukkan ciri2nya seperti tak pandai pegang pensil.   Dia pegang pensil seperti pegang batu sebab motor skill dia belum berkembang.

Aku ajar  dia iqra, 1 page yang  paling basic tu pun lebih dari seminggu untuk dia  dapat.    Kena banyakkan bersabar dan ajar perlahan2. biarlah lambat sikit dari orang lain.  Bila dia dah dapat,  dengan cepat dia akan kejar rakan2 sebaya.  Sekarang ni umur 11 tahun, elok je dia baca Quran  macam budak2 sebaya.

Sorang lagi anak  aku  mild dileksia dah umur 21 tahun tahun akhir Accounting.  Masa spm dulu, maths dia takdelah dapat A+ sebab walaupun dia faham konsep, tapi dia akan buat kesalahan dari segi numbering.  Contoh soalan tanya  berapa harga 23 kg beras,  dia mungkin kira harga untuk  32 kg beras.  Cuma di universiti dia  boleh cover masalah numbering tu sebab kebanyakan course perlukan banyak jawapan essay dan analisis.   Adalah tolak markah bila kena jawap soalan maths yang detail.


Quote Skuau 9-2-2018 10:17 PM
sedih...nampaknya pibg dan sekolah kena 'agresif' lagi...banyak benda kena buat ni...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060318 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top