CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Santuari Ikan Sungai Chilling, Aktiviti 'Jungle Trekking' Untuk Seisi Keluarga..

12-2-2018 11:22 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 8696| Komen: 7|Original author: Oleh: Faizal

Bagi peminat aktiviti jungle trecking, mungkin anda boleh mencabar diri mencuba trek hutan menuju ke Air Terjun Sungai Chiling. 

Treknya yang santai dan anak-anak kecil juga mampu melaluinya, sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang indah buat anda.

Paling seronok kerana satu keluarga pun sesuai datang ke sini. 

Pintu masuk Sanctuari Sungai Chilling (Sumber: fraserhill.info)


Sungai Chilling terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Jika dari pekan Kuala Kubu Bharu, cari jalan menuju bukit Fraser Hill anda pasti akan menjumpai tempat ini. Jaraknya dari empangan Kuala Kubu dalam 10 kilometer sahaja.

Sesampainya di pintu gerbang air terjun ini, anda perlu parking kenderaan anda di sekitar pintu gerbang. Anda seterusnya perlu berjalan dari pintu gerbang untuk menuju ke air terjun. 


Di kawasan pintu gerbang terdapatnya tandas, surau, gerai jual makanan dan kaunter untuk pendaftaran. Bayaran masuk ke santuari ini adalah RM3 untuk setiap seorang. Memang sangat berbaloi. 

Jom layan gambar-gambar menarik sekitar kawasan Santuari Sungai Chilling.

Jalan kaki lebih kurang 500m, anda akan sampai ke kawasan perkhemahan (Sumber: budakletrik.blogspot)

Peta laluan yang akan dilalui (Sumber: budakletrik.blogspot)

Laluan sungai paras pinggang (Sumber: budakletrik.blogspot)

View yang cantik semasa anda jungle trecking (Sumber: budakletrik.blogspot)

Terdapat juga laluan yang agak berair (Sumber: budakletrik.blogspot)

Salah satu kawasan air sungai yang jerni dan terdapat ikan didalamnya sebelum sampai ke air terjun (Sumber: budakletrik.blogspot)

Air sungai yang jernih dan banyak ikan di dalamnya (Sumber: Nisakay.com)

Terdapat juga laluan sungai yang agak cetek sedikit (Sumber: budakletrik.blogspot)

Inilah dia Air Terjun Sungai Chilling. Perjalanan dalam 45 minit untuk sampai ke ari terjun ini (Sumber: budakletrik.blogspot)

Menarik bukan? Jadi, bagi anda yang sukakan sesuatu yang lasak dan mencabar, jangan lupa datang ke Santuari Sungai Chilling.

Diingatkan untuk memakai kasut sebab anda perlu melalui jalan-jalan yang penuh dengan semak dan agak merbahaya. Ingat, jaga keselamatan anda! - CARI 

Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ikangpiana 12-2-2018 11:39 AM
Sejuknya nampak air
Quote ikangpiana 12-2-2018 11:39 AM
Sejuknya nampak air
Quote Artemesiaa 12-2-2018 01:08 PM
Hanya jangan gi time musim hujan takut ada kepala air bahaya pula
Quote Oroi8887 12-2-2018 02:45 PM
Dah pegi da, best tapi penat haha
Quote drivethru 15-2-2018 07:33 AM
Dah sampai. Best....
Quote Peterpan17 15-2-2018 11:21 AM
Artemesiaa replied at 12-2-2018 01:08 PM
Hanya jangan gi time musim hujan takut ada kepala air bahaya pula

aku pergi tempat ni 2x. Dgn customers aku dr Amerika pd bulan October lepas. Pastu pergi lg sekali bulan Dec tahun lepas gak. Masa tu ok lg. Sekali msk tenghari dah mendung, air makin deras. Kami pun cepat2 balik takut dtg kepala air. Mampos.


Quote lifeobserver 4-10-2018 12:33 PM
Kalau pergi pagi2 Ahad ni 7/Oct agak2 ok tak? Tgk forecast cuaca hujan petang2..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.050899 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top