Ada yang tak suka makan durian di Malaysia? Rasanya lebih ramai yang suka daripada tak suka, kan? Buah kegemaran rakyat Malaysia ini katanya boleh menjadi penawar kepada tekanan perasaan. Wah, macam menarik!
Selain aroma dan rasanya yang memang sedap, ada sejenis zat dinamakan tryptohan iaitu asid amino yang berubah menjadi serotonin di dalam tubuh. Hormon serotonin inilah yang membuat badan lebih rileks selain memicu perasaan gembira. Malah, durian mengandungi vitamin B6 yang membantu meningkatkan mood. Apabila kedua-dua trypotohan dan vitamin ini bergabung, maka terhasillah mood gembira dan senang hati. Ajaib sungguh durian ni! Patutlah hati terasa senang setiap kali makan durian! Makan buah durian juga membantu tidur yang lebih lena kerana kandungan tryptohan memberi perasaan relaks dan tenang ketika tidur. Nah, tidur yang tenang membuat kita bangun dengan lebih ceria kan? Untuk pencinta durian tak perlu risau, semestinya akan seronok dengan artikel ini, tapi yang tak suka durian tu tak teringin nak mencuba? Cubalah! Mana tahu mungkin ia membantu menghilangkan stres anda. - CARI |
7
Bagus |
3
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT