Seorang konstabel polis didakwa melakukan cabul dan peras ugut terhadap sepasang kekasih di Seri Iskandar, kelmarin. Harian Metro melaporkan polis berusia 29 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pasangan kekasih berusia 20 tahun itu membuat laporan polis mendakwa diperas ugut RM700 oleh suspek, selain pelajar wanita terbabit turut dicabul. “Kejadian dipercayai berlaku apabila pasangan kekasih terbabit ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di dalam kereta di tepi jalan berkenaan. “Siasatan awal mendapati seorang anggota polis yang di luar waktu bertugas dan tanpa pakaian seragam dipercayai melalui kawasan terbabit bertindak memeriksa pasangan itu sebelum mendapati ada perlakuan salah. “Pasangan kekasih berkenaan diminta mengikut lelaki itu ke balai polis, namun sebaliknya suspek membawa mereka ke sebuah restoran bagi berbincang untuk menyelesaikan kes terbabit,” katanya.
Katanya lagi, anggota polis itu meminta wang RM700 kononnya bagi menyelesaikan hal tersebut. Dalam pada itu, anggota polis berkenaan kemudian dikatakan menghantar pulang penuntut wanita terbabit ke pusat latihan kemahiran bersendirian menaiki kereta, dan didakwa bertindak meraba kemaluan wanita terbabit. - CARI
|
8
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT