CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Asyik Menangis Malam, Tak Makan Pujuk? Lelaki Ini Buka Aib Sendiri Dan Bagi Tips..

13-2-2018 03:22 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5720| Komen: 18|Original author: Oleh: Whitney


Perkahwinan sememangnya indah malah bertambah bahagia apabila mempunyai cahaya mata yang menjadi penghibur sekaligus pelengkap dalam sesebuah keluarga. Namun, apabila sudah mempunyai anak maka komitmen pasti bertambah, rutin harian juga terganggu dan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Sangat berbeza semasa berada di zaman bujang atau ketika masih berdua dengan pasangan. 

Tanya sahaja kepada mana-mana ibu bapa, siapa yang tidak pernah tertekan semasa mendidik anak? Pasti ramai yang mengakui bahawa mereka adakala berada dalam keadaan tertekan sehingga ada yang tidak mampu menahan diri dan memukul anak. Sebagai manusia biasa, kita adakalanya terleka dan berada dalam keadaan emosi.

Apa yang dikongsikan oleh lelaki ini di laman facebook miliknya adalah pengakuan jujur yang boleh dijadikan pedoman untuk ibu bapa. Sebagai bapa, dia juga kadang-kadang tidak mampu menahan daripada mendengar tangisan anak-anak ditengah malam yang mana ketika sedang nyenyak tidur. 

Memang ramai yang akan naik berang apabila tidurnya terganggu. Walaupun perkongsian ini agak panjang, namun ia sangat bermanfaat untuk mendidik hati agar menjadi ibu bapa yang lebih penyabar.  








Netizen berasa sangat terkesan dengan penulisan lelaki ini kerana pernah mengalamai perkara yang sama. Perasaan menyesal akan mula dirasai setelah mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada anak-anak. 


Begitu juga netizen yang bergelar ibu, mereka sering tertekan melayan karenah anak setiap hari. Jika tiada kesabaran dalam diri, mungkin anak-anak sentiasa dimarahi dan dipukul. Kepenatan yang dialami akan membuatkan ibu-ibu berasa tertekan dan melepaskan kemarahan kepada anak-anak.

Ada betulnya komen netizen ini, ketika stres jangan dekati anak tetapi sebagai ibu bapa, kenalah tahu cara untuk menangani stress ketika berada bersama anak.

Lelaki ini juga berkongsi tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ketika berhadapan dengan anak yang suka menangis dan cara mengawal keadaan anak ketika itu.  

Hanya mereka yang pernah merasai pengalaman yang sama dengan lelaki ini sahaja yang akan faham mengapa seorang bapa bersikap memukul anak atau lebih teruk, menghempas anak ke lantai. Apa-apa pun, tingkatkan ilmu dan belajarlah untuk bersabar selain memantapkan kekuatan rohani dan iman dalam diri. - CARI 
11

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
27

Sedih
20

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 13-2-2018 03:29 PM
senang citer, tak payah buat anak kalau dah tak tahan dengar tangisan bayi....lagipun bukannya anak ko tu tergedik2 nak lahir, ko yg buat dia
Quote umbut 13-2-2018 04:13 PM
Sebelum bertindak.. fikir dulu kesan

Satu hari mesti menyesal buat anak2 mcm tu
Quote alieyrina 13-2-2018 04:27 PM
Org ada anak hg pun nk ada anak..pastu x tahan dgr tangisan..tanya mak bapak hg dulu..silap2 hg lg teruk masa bb..xdak pulak bapak hg nak lempar dlm sungai ka apa
Quote missDollie 13-2-2018 04:32 PM
Haha..meols rasa biasa la tu takde pengalaman lagi..sebelum ni aman2 je tidur sedap kan siap pakej berdengkur lagi..sekali ada anak kecik, tau la langit tinggi ke rendah..
Quote merry01 14-2-2018 12:23 AM
ooo dia ceritakan balik kat anak dia masa kejadian tu...alahai kalo bapak aku bagitau camni tersentuh tercuit terasanya hati kecil aku nih...bapak sampai hati buat macam tu
Quote Lagubestbest 14-2-2018 05:01 AM
Anak sedara I umur dah 3 tahun setengah, masih kuat menangis!!!
Quote marumaru 14-2-2018 07:58 AM
schizo ke ni
Quote rosa_canina 14-2-2018 08:46 AM
kita kalo dgr anak menangis dah kelam kabut, risau baby sakit ke apa..

ada plk bapak2 yg dgr anak merengek sikit dah hilang sabar???   

nmpk sgt reti buat anak tp takreti nk jaga anak..  


Quote indenial 14-2-2018 09:18 AM
Sempat lg tu monolog sendiri la, masuk bilik air la,basuh muka la  Drama sangat!
Quote orgsepang 14-2-2018 09:48 AM
Aman2 je dalam bilik air macam tak dengar anak menangis atau dah diam. Kalis bunyi ke bilik air dia
Quote kakigebang 14-2-2018 09:54 AM
Sbb skarang tgh jaga baby kecik, pada pengalaman aku ni antara sebab2 baby menangis :

1- lapar nak susu
2- pampers penuh berak
3 - pampers penuh kencing
4 - kembung perut
5 - payah nak berak @sembelit
6 - baby nak tidur sgt2 dah ( ni kena bedung la )
7 - hidung tersumbat
8 - perut tak selesa sbb tak sendawa lepas minum susu

sapa2 ada yg lain boleh la tambah list ni
Quote yayangmama 14-2-2018 11:18 AM
kekadang bb mimpi tengah2 malam tu pon boleh buat dia nangis jugak

kang ada yang mengagah, tetiba gelak...hahaha itu pon selalu jgk jd kat bb
Quote notyghosty 14-2-2018 11:46 AM
tp kan... bini dia boleh x terjaga ke dengan ank dia yg menangis tu? kalau aku lah...aku yg pujuk anak... sebelum laki aku yg bangun, bising2 ank nangis... mungkin lain org...lain cara... huhuhuhu
Quote cmf_premierleag 14-2-2018 12:00 PM
kakigebang replied at 14-2-2018 09:54 AM
Sbb skarang tgh jaga baby kecik, pada pengalaman aku ni antara sebab2 baby menangis :

1- lapar na ...

iya sis
mmg betul pun sbb baby2 ni kan tak reti komunikasi lagi
sbb tu dia hanya tahu menangis saja sbg isyarat komunikasi dgn org sekeliling sbb seperti yg uols dah list down kan tu
to me, bila baby nangis, tu mmg cara dia nak bercakap dgn kita
ye la, kang kalo tetiba dia sebut proper words kang sume ummah terkejut lak kan
so bila baby nangis je, iols akan cecepat attend to him/her and tgk apa2 yg tak kene

tp kalo jejantan meleis tak guna yg senang2 nak serkup anak dgn bantal sbb tak tahan dgr baby nangis, mmg selayaknyalah aku upah jah pembunuh upahan pegi bunuh jantan spesis mcm tu
Quote cmf_premierleag 14-2-2018 12:02 PM
notyghosty replied at 14-2-2018 11:46 AM
tp kan... bini dia boleh x terjaga ke dengan ank dia yg menangis tu? kalau aku lah...aku yg pujuk an ...

aku berprasangka baik, maybe bini dia tido mati
sbb penat or sbb migrain
even kalo aku batuk, minum ubat doktor/makan pil yg doktor kasik pun bleh ngantuk and mmg tido mati and x sedar apa2
Quote notyghosty 14-2-2018 12:14 PM
cmf_premierleag replied at 14-2-2018 12:02 PM
aku berprasangka baik, maybe bini dia tido mati
sbb penat or sbb migrain
even kalo aku batuk, m ...

mungkin jugak lah... aku pon perlu bersangka baik... huhuhuhu
Quote wandacoffee 14-2-2018 12:17 PM
biase je dia nk cite balik..ini ada lah perilaku normal..at least dia ade la suara2 waras..no issue-next
Quote palmolive 14-2-2018 12:56 PM
macam ni la mak ayah kita lalui masa kita kecik dulu...skrg giliran kita pulak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.302064 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top