Dalam keadaan peminat berasa tidak adil apabila Fattzura tidak tercalon dalam Anugerah Meletop, tuan punya badan pula menganggap perkara itu adalah hal remeh. Dia mengakui berasa tidak kisah mengenai hal tersebut. Tidak mahu menumpukan kepada perkara kecil sebegitu, menurut Fazura adalah lebih baik dia memberikan tumpuan penuh kepada kerjayanya. "Jujurnya, saya tidak kisah pun sama ada dicalonkan atau tidak. Pada saya, isu ini remeh-temeh. "Banyak lagi perkara lebih penting untuk diambil berat. Antaranya, memperbaiki kualiti lakonan dan meningkatkan lagi kerjaya saya," jelas Fazura dipetik daripada Berita Harian Online.
Fazura yang pernah memenangi Anugerah Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia ke – 27 itu turut meminta peminat kesayangannya untuk tidak mengambil serius mengenai perkara tersebut kerana dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka. Fazura mengulas mengenai perkara tersebut ketika ditemui semasa sesi pratonton filem televisyen bertajuk Janji Zehan. Isu timbul setelah peminat mempertikaikan ketiadaan nama pasangan tersebut dalam senarai pencalonan kategori Couple Meletop Anugerah Meletop Era 2018. Berikutan itu, Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris membuat penjelasan bahawa telah termaktub dalam terma dan syarat tiada pencalonan keran Fattzura bernikah pada tarikh selepas pencalonan ditutup. Jadi jelas di sini, tidak timbul soal disabotaj atau tidak, jika ia bukan rezeki Fattzura peminat seharusnya terima dengan hati terbuka. - CARI |
katibism replied at 13-2-2018 04:49 PM
Yg penting #fattZura adalah Figura CARI 2017
pinkyroses811 replied at 13-2-2018 04:50 PM
Ntahnye.. hal remeh temeh mcm tu.. x yah pikir pun.. byk lg bnda lain die nk buat..tp tgk igers fatt ...
pinkyroses811 replied at 13-2-2018 04:50 PM
Ntahnye.. hal remeh temeh mcm tu.. x yah pikir pun.. byk lg bnda lain die nk buat..tp tgk igers fatt ...
ADVERTISEMENT