Ramai ibu bapa yang mementingkan pembelajaran Al-Quran kepada anak-anak. Ada yang sanggup mengeluarkan wang semata-mata ingin melihat anak-anak mereka celik Al-Quran ataupun menjadi seorang hafiz. Ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, kelas belajar Al-Quran atau menggunakan khidmat ustaz atau ustazah yang datang mengajar di rumah. Mereka mempunyai pilihan untuk memilih cara yang lebih mudah dan selesa. Bagaimana pun, tindakan seorang pengguna twitter mengecam seorang guru yang memberikan khidmat belajar mengaji di rumah tular di media sosial. Ini disebabkan bayaran yang diminta oleh guru tersebut dirasakan tidak masuk akal dan terlalu mahal baginya. Pada fikirannya, perkara yang melibatkan agama tidak boleh dikenakan bayaran yang tidak munasabah malah perlu dilakukan dengan ikhlas.
Netizen mengecam tindakan wanita ini yang dilihat begitu berkira untuk mengeluarkan wang semata-mata untuk keperluan agama. Kos pendidikan bukannya murah pada masa kini. Memang wajar guru tersebut meminta bayaran mengikut kadar harga yang dirasakan munasabah. Jika tidak mampu, diam-diam sudahlah dan cari saja guru lain. Ada benarnya komen netizen ini, jika perkara lain wanita itu sanggup bayar walaupun mahal, kenapa untuk belajar mengaji perlu dibayar dengan harga yang murah. Bukankah guru mengaji itu juga manusia biasa yang turut mengambil kira pelbagai kos? Lagipun nak masuk syurga tu bukannya murah dan senang-senang dapat. Ramai juga yang berpendapat bayaran yang diminta oleh guru mengaji tersebut mahal. Mungkin ada sebab mengapa guru tersebut meletakkan harga sebanyak itu dan berbeza dengan bayaran dengan guru mengaji yang lain. Lagipun harga dulu dan sekarang memang dah berbeza. |
24
Bagus |
25
Marah |
9
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CardiGans85 replied at 14-2-2018 03:16 PM
Dl2 mengaji mmg free sbb kita yg pi umah ustazah dgn jln kaki je n mcm sy, belajar ngaji tu dgn tajw ...
ADVERTISEMENT