Bagi anda yang suka mengembara, pasti akan membuat sedikit kajian tentang tempat makan terlebih dahulu terutamanya jika anda mementingkan soal kebersihan dan makanan halal. Kali ini kami senaraikan tempat makan halal di Bangkok, Thailand supaya taklah anda jemu atau tak tahu nak makan apa nanti!
1. Sinthorn Steakhouse Kalau anda dah jemu makan makanan Thai atau tiba-tiba tekak mahukan selera barat, maka Sinthorn Steakhouse tempat yang anda perlu tuju! Ia merupakan antara restoran terbesar dan juga popular di kalangan Muslim Thai kerana menyediakan daging panggang yang berkualiti tinggi. Malah mereka turut menyajikan makanan Thai, Mediterranean dan juga steamboat ala Korea!
Alamat: 3333-, 134/9 Ramkhamhaeng Rd, Hua Mak, Bang Kapi, Bangkok 10240, Thailand Waktu Operasi: Setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 11 malam Nadimos Sudah tentu Bangkok tidak hanya menawarkan makanan Thai. Nadimos merupakan antara restoran Lebanese terbaik di Bangkok! Menyajikan kebab, baba ghanoush dan tak lupa sajian istimewa mereka; terung bawang putih. Selain makanan sedap, pekerja restoran juga ramah! Alamat: Soi 24, Khlong Toei, Bangkok, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand Waktu operasi: Setiap hari dari 11:30 pagi hingga 11:30 malam. Al Hussain Di sini anda boleh mendapatkan makanan India. Ia mementingkan penyajian makanan yang segar misalnya roti dibakar selepas dipesan agar ia masih panas ketika tiba di meja anda! Di sini anda boleh cuba kebab yang penuh dengan rasa rempah ataupun naan yang disajikan bersama dal dan hummus. Alamat: 75/8 Sukhumvit Soi 3/1, Bangkok, Thailand Waktu operasi: Setiap hari dari pukul 8 pagi – 3 pagi Yana Restaurant Jika anda pernah ke Bangkok anda pasti tahu akan kewujudan pusat membeli belah MBK yang terletak di tengah-tengah kota Bangkok. Anda boleh ke sini untuk membeli belah kemudian berhenti makan tengah hari atau malam di restoran Yana. Restoran ini menyajikan gabungan makanan barat dan juga Thai seperti Tom Yam, kari dan juga pasta. Harga yang ditawarkan juga berpatutan! Alamat: 444 Phayathai Rd, Khwaeng Wang Mai, Khet Pathum Wan, Krung Thep Maha Nakhon 10330, Thailand Waktu Operasi: Setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9 malam Saman Islam Antara lokasi wajib kunjung di Bangkok ialah pasar hujung minggu Chatuchak. Kalau anda nak tahu terdapat makanan halal di sini jadi anda tak perlu keluar dari pasar hanya untuk mengisi perut anda yang kosong. Lihat gambar di atas sahaja dan buat air liur kecur kan? Alamat: 251, Phahonyothin Rd, Chom Phon, Chatuchak, Bangkok 10900, Thailand Waktu operasi: Sabtu dan Ahad dari pukul 10 pagi hingga 6 petang Selamat menjamu selera! -CARI
|
7
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT