CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluarga Elfira Loy Sudah Pulangkan Cincin

19-2-2018 03:37 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 38221| Komen: 236|Original author: Oleh: Suzy


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah nasib menimpa hubungan pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi apabila kedua-dua belah keluarga mengumumkan tali pertunangan telah diputuskan. 

Bapa kepada Elfira, Ahmad Sabri Arifin telah mengesahkan memulangkan cincin mengikut adat di kediaman keluarga penyanyi itu di Muar, Johor, petang semalam.

Ahmad Sabri ditemani lapan ahli keluarga dan sanak-saudara mengunjungi kediaman keluarga Sufian pada Ahad lalu jam 5.30 petang untuk memulangkan cincin pertunangan. Bagaimanapun, Sufian dikatakan tidak berada di rumah ketika kunjungan mereka.


"Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian.

"Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

"Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu," katanya Ahmad Sabri dipetik daripada BH Online.

Kelmarin, Ibu Elfira, Filzah Yusoff memaklumkan kepada BH Online bahawa anaknya telah putus tunang dengan penyanyi lagu Terakhir itu. 

Elfira dan Sufian telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu. Mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan pada awal bulan depan.

Foto: Carian internet

Sementara itu, apabila ditanya perincian majlis semalam, Ahmad Sabri berkata semuanya dilakukan mengikut adat Melayu.

"Proses penyerahan cincin berlangsung dengan adat Melayu tanpa ada syarat tambahan seperti majlis tunang Oktober lalu.

"Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh," katanya. - CARI 

4

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 19-2-2018 03:44 PM
Ok lah, semoga masing-masing bahagia.
Quote mandak20 19-2-2018 03:46 PM
Dah takda jodoh kan.. ambil jadi pengajaran la. Better putus tunang, dari nanti dah kahwin pun tak bahagia.
Quote Nenasketum 19-2-2018 03:53 PM
Pian tengah nangis ke tu? Jangan mengunyit plak nanti
Quote amyza 19-2-2018 04:00 PM
Pelamin anganku musnah.bertabahlah.
Teringat pulak kes fafau yg putus tak tau sebab pe ntah.
Quote LadySherry 19-2-2018 04:03 PM
ingatkan selama ni nama dia nurul elfira binti loy


அவளுடைய பெயரின் போது அவள் நினைவில் நருல் எல்ஃபிரா பிந்தி லாய்
Quote HannahMontana 19-2-2018 04:08 PM
tuang air keroh ,kita pasang filter baru.

entah2 bila rindu bertandang sekali lagi rombongan meminang  menyerang balik


hehe

hidup mmg mcm ni..bukan semua yg kita nak ,kita pasti dapat...sebab Allah meng qodho kan sesuatu yg terbaik utk hamba2 NYA.

simpan air mata utk hari kemenangan ...selamat tinggal kepedihan.
Quote Aduradura 19-2-2018 04:14 PM
Takde jodoh...busy kan la diri masing2...malu kejap je, lama2 org pun lupe heh~
Quote myakayina 19-2-2018 04:22 PM
bertabahlah masing2.. dunia belum berakhir..mana tau kot2  lepas ni berjodohan semula.. klu tak..redha jelah..cuma jangan bermusuh..
Quote HannahMontana 19-2-2018 04:28 PM
tuang air keroh ,kita pasang filter baru.

entah2 bila rindu bertandang sekali lagi rombongan meminang  menyerang balik


hehe

hidup mmg mcm ni..bukan semua yg kita nak ,kita pasti dapat...sebab Allah meng qodho kan sesuatu yg terbaik utk hamba2 NYA.

simpan air mata utk hari kemenangan ...selamat tinggal kepedihan.
Quote CiliPadiSedap 19-2-2018 04:29 PM
masin betul mulut forumer cari forum pasal bertunang macam nak berkahwin sekali tak jadi.
Quote cascutes 19-2-2018 04:32 PM
harap pian tabah... jgn putus asa mencari cinta baru....
ramai lagi pompuan kat dunia ni... tapi klu taste abampian jenis kening shin chan kene usaha kuat la... .......
jangan menangis sayangku
ini hanyalah sementara
berdoalah pada yg esa
terus menahan sabar
agar bahagia di sana.....
Quote Carlalisk 19-2-2018 04:32 PM
Lol gambar pertama tu mcm sarcasm je. Tabahla dikpian ye. Patot smlm heolss tweet sedih. Dh plg cincin kesahnyee..
Quote virgo19 19-2-2018 04:36 PM
apa perasaan mak bapak datang pulangkan cincin dan putuskan tunang ya, mesti rasa malu, sedih dan awkward.. kalau family yang baik2 dan faham ok la, kalau kena yang family jenis garang dan tak boleh terima..
Quote caplimau 19-2-2018 04:44 PM
jadikan pengajaran,
klo dah tau diri tu pipit tak yah la berangan nk terbang dgn enggang,
kaakakkakakakaka..

so dik pian, dik el,

agak2 dpt cover balik tak duit kenduri tunang haritu..

hehehehehehehe

#donemembawang
Quote amiekz86 19-2-2018 04:45 PM
bertabahlah pian....ada hikmah tu....
mungkin akan dapat yg lebih baik
Quote amiekz86 19-2-2018 04:45 PM
x pa...ramai lg kn...yg cntik n yang ensem,kaya
Quote giyomi 19-2-2018 05:10 PM
tu lar baru kenal beberapa bulan dah nak bersatu...itupon hanya sebab sufiana kt dia minat si elpira, terus melekat cam gam...minat tu banyak definasi...dahla tu sufiana, tak pyh nak menangis tepi bucu.
Quote nolya 19-2-2018 05:42 PM
usah diingat  dikenang pun jangan, air mata jangan berderai
usah dikesal putusnya tunangan, yg berakad lagikan bercerai

bersalam2 datuk menteri, merai tetamu dari Medan
kasih dipaut  tak sempat memetri,   sudah  begitu suratan badan

enak sungguh  keropok lekor, keropok buatan pak cik selamat
bunga tak sekuntom kumbang tak seekor, dunia juga belum kiamat
Quote multinicky 19-2-2018 05:55 PM
baju pertunangan bulu2 elloy nnt nk cmpk mane? ke buat preloved nnt..

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.162578 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top