Akhirnya tanda tanya siapa yang akan menerajui watak utama filem biografi berkisar pelumba basikal negara terjawab apabila pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad mengumumkan pelakon versatil, Shaheizy Sam memikul watak tersebut. Filem itu akan diterbitkan oleh UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama syarikat pengurusan Azizulhasni, ThreeSixty Management. Pengarah filem yang akan menelan belanja RM6 juta itu menyambut baik respon yang diberikan oleh Sam yang kelihatan sangat bersemangat untuk menjayakan watak Azizul.
“Saya akui Sam seorang pelakon yang baik. Malah, kalau hendak dilihat daripada sudut fizikal tidak dinafikan dia paling mirip dengan Azizul. “Cuma dalam situasi sekarang secara psikologinya pihak produksi masih dalam proses membuat penyelidikan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan,” katanya. Menurut Raja Mukhriz lagi, Sam adalah pilihan yang tepat untuk menjayakan watak Azizul dari sudut kemampuan bakat dan lakonannya. “Saya beberapa kali melihat gambar Sam dan Azizul, mereka hampir sama. Dari sudut fizikal pula, tidak banyak sangat perkara perlu diubah. Menurut Mukhriz lagi, pihak penerbitan turut mengadakan sesi ujibakat bagi membuka ruang dan peluang kepada semua pihak termasuk penerbit sendiri agar apa yang mahu dilakukan tepat. Sewaktu sidang media pengumuman filem biopik Azizulhasni Awang berlangsung minggu lalu, beberapa rakan media mencadangkan agar pihak penerbit melamar Sam memandangkan kedekatan ada pada aktor itu dengan jaguh lumba basikal velodrom negara itu. - CARI |
11
Bagus |
7
Marah |
19
Terkejut |
8
Sedih |
16
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Raja Mukhriz Raja Ahmad mengumumkan pelakon versatil, Shaheizy Sam memikul watak tersebut
pihak produksi masih dalam proses membuat penyelidikan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan
ADVERTISEMENT