Seorang pesakit mental melarikan sebuah ambulans dan 'bersiar-siar' lebih kurang sejam di sekitar Bandaraya Kuching sebelum ditahan berhampiran Wisma Saberkas petang tadi.
Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 36 tahun itu menyusup masuk ke dalam ambulans sebuah pusat perubatan swasta tanpa disedari ketika petugas menurunkan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, pada 12.50 tengah hari. "Dalam kejadian itu, suspek bertindak melarikan ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta ketika petugas menurunkan pesakit yang mahu mendapatkan rawatan di HUS. "Bagaimanapun, selepas sejam diburu, pegawai dan anggota polis berjaya mengesan kedudukan ambulans berkenaan yang ditinggalkan di Jalan Green berhampiran Wisma Saberkas," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar.
Menurutnya, suspek cuba meloloskan diri dengan melarikan diri ke dalam pusat beli-belah berkenaan. "Suspek cuba meloloskan diri tetapi gagal apabila berjaya ditahan di perkarangan HUS. “Kita syaki suspek berlari untuk pulang semula ke HUS dari pusat beli-belah itu selepas panik melihat kehadiran pegawai dan anggota polis," katanya. Difahamkan, suspek dimasukkan ke HUS sejak semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas disyaki mengalami masalah mental. "Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk kehadiran suspek yang tidak disedari petugas sehingga menyusup masuk ke dalam ambulans sebelum melarikannya,” katanya. - CARI
|
15
Bagus |
3
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
giyomi replied at 20-2-2018 06:04 PM
mental2 pon bole bawak ambulan ek, hebat ko. HUS tak pantau ker pesakit dia, dah tau tak betul takan ...
ADVERTISEMENT