CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Bergurau, Wanita Menangis Jari Tersepit Mesin Jahit

22-2-2018 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2832| Komen: 7

Wanita menangis menahan sakit apabila jari telunjuk kanannya tersepit mesin jahit, lapor BH Online.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang, semalam di sebuah rumah di Jalan Bandar Baru Nilai 1/2E, Putra Point.


"Pada mulanya, rakan sekerja menyangkakan Zuriyati bergurau namun selepas melihat mangsa menangis menahan kesakitan, mereka segera menghubungi bomba," kata Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Mohd Syazwan Saidy.


Foto: BH Online

Menurutnya, mangsa, Zuriyati Meerangani, 33, sedang menjahit tempahan baju Melayu sebelum jari telunjuk kanannya tersepit.

"Sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.19 petang.

"Sebaik tiba jam 3.24 petang, kami mendapati jari telunjuk mangsa tersepit. Kerja menyelamat dijalankan segera dan kami memerlukan lima minit untuk mengeluarkan jarinya," jelasnya.

Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai untuk rawatan lanjut. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 22-2-2018 10:17 AM
errr...ngilu nya baca berita ni
Quote aHoi83 22-2-2018 10:19 AM
Napa bila baca jari telunjuk aku pun terasa2
Quote prettyuglybabe 22-2-2018 10:24 AM
mesti selalu gurau-gurau jari tersepit ni..
bila jadi betul semua pun tak percaya..

Quote Artemesiaa 22-2-2018 11:00 AM
Siksanya ler kena dengan mesin jahit heavy duty cam tu nasib abam bomba ada
Quote minguk 22-2-2018 11:14 AM
ermmmm ngilunyaaaaa..
Quote liyanur 22-2-2018 11:14 AM
baca benang ni teringat salah seorang anak sedara...
mak dia tukang jahit so anak2 pun pandai guna mesin jahit..
lepas la nk buat pencil case sdri n bju anak patung...

rumah yg dorang duduk ni selalu ada gangguan..
1 hari tu sementara duk teman mak dia menjahit..
dia minta izin la nk jahit kain perca..
dlm pada duk adjust kain perca tu tetiba mesin bergerak sendiri...
terus terjahit belakang tangan..nasib jarum terus patah..tp sempat la kena 2-3 jarum..
Quote mieymiey 22-2-2018 12:16 PM
Ngiluuuuu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.032763 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top