Isu agama, bangsa atau kaum adalah antara isu sensitif untuk dibincangkan, lebih-lebih lagi di Malaysia.
Namun nampaknya masih ramai lagi yang main cakap lepas tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Benar kata pepatah, "kerana mulut badan binasa" kerana situasi ini boleh membawa kepada pertelingkahan dan pergaduhan sesama manusia. Seorang gadis yang dikenali sebagai Qyira di Twitter telah menimbulkan kemarahan netizen apabila dia berkongsi tentang pengalamannya di Masjid Negara dan mendakwa dilayan kasar oleh pekerja Masjid Negara. Gadis ini juga cuba membandingkan masjid dan gereja yang dilawati.
Apa yang meresahkan adalah dia didakwa cuba mengelirukan dan menyebarkan fitnah dengan menyatakan masjid tersebut tidak boleh dimasuki oleh orang bukan Muslim sedangkan hakikatnya papan tanda berkenaan hanya diletakkan semasa waktu solat sahaja. Situasi bertambah tegang apabila nasihat dan teguran yang diberikan netizen dibalas dengan ego oleh gadis terbabit. Ramai yang berpendapat gadis ini hanya inginkan perhatian sahaja. Apa pun tolonglah jangan buat main dengan isu yang melibatkan agama atau cuba-cuba membuat provokasi tentang perkara seperti ini. Bukan ada faedah pun, kan? -CARI
|
11
Bagus |
16
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Alais replied at 23-2-2018 11:25 AM
Ada sembahyang fardu & sunat.
ADVERTISEMENT