Siapa yang mempunyai kereta pasti pernah mengalami kesusahan untuk mencari parkir kereta. Tak kiralah dalam pusat membeli belah, universiti, kolej, tapak pasar malam atau cuma nak cari parkir dalam kawasan perumahan sendiri. Pasti ada segelintir makhluk ini, tapi makhluk apa? Makhluk yang selalu melakukan kesalahan parkir kecil yang boleh bikin gaduh. Mari kita lihat, apakah kesalahahan parkir yang selalu rakyat Malaysia buat (atau anda buat tapi masih belum bertaubat).
1. Suka hati parkir di petak motosikal atau OKU. Para pengguna motorsikal pastinya akan sakit hati kalau ada makhluk yang suka-suka hati parkir seolah-olah kawasan tu bapa dia punya. Kalau ikutkan, 1 petak parkir kereta, boleh muat 3 hingga 6 buah motorsikal. Itu masih boleh bertoleransi sebab motor senang nak selit-selit parkir mana-mana, tapi bila ada kereta parkir di petak OKU tu walhal dia bukan OKU pun. Mungkin dia OKU di kepala dia agaknya, menyebabkan sarat-saraf neuron sukar berhubung dan gagal berfikir dengan cerdik.
2. 'Double park' tapi tak tinggal nombor telefon atau angkat brek tangan. Ini selalu terjadi dalam kawasan perumahan flat kos rendah atau kawasan yang terlalu padat dengan orang sehinggakan kawasan parkir pun sendat. Secara etikanya, ramai faham akan masalah ini, tetapi bertimbang rasalah dengan orang yang sudah dihadang keretanya. Tinggalkanlah nombor telefon supaya senang dihubungi atau jangan tarik brek tangan supaya orang boleh menolak kereta anda sedikit untuk keluarkan kereta mereka yang kena hadang. Bayangkan kalau dah lambat pergi kerja atau paling teruk, nak hantar orang sakit pergi hospital, macam mana nak keluar cepat tu? Masalah besar ke sangat besar ni? Kebiasaannya solusinya senang. Pecahkan cermin tingkap untuk turunkan brek tangan. Tapi lepas tu jangan bising kenapa kereta kena pecah ya. 3. Lalu arah berlawanan semata-mata nak rebut petak parkir yang ternampak tadi. Mereka sanggup untuk melanggar pelbagai undang-undang jalanraya semata-mata untuk mendapatkan parkir. Melawan arus untuk mendapatkan parkir di seberang laluan bertentangan yang semestinya mendatangkan bahaya kepada dirinya dan orang lain. Jangan lupa juga kesesakan lalu lintas sebab para pemandu yang tidak bertanggungjawab ini turut boleh mendatangkan kata-kata makian yang menusuk kalbu. Padu! 4. Main 'chop-chop' parkir untuk kawan yang tengah buat pusingan U nak masuk parkir. Ketika semua orang tengah berpusu-pusu mencari parkir, tiba-tiba anda nak masuk parkir ada seorang tengah menahan anda dari masuk petak tersebut. Tambah geram, katanya parkir itu sudah di 'chop' oleh kereta rakannya yang akan datang kejap lagi dengan tebal muka. Kelibat kereta tak nampak, tapi ada 'kon' manusia menahan kita dari masuk. Rupanya brader yang tahan tadi tu penumpang dalam kereta lain yang terus masuk dalam parkir tadi. Kita yang menunggu parkir tu 5 minit tadi ni apa rasanya ya? Ada potensi kena belasah tak 'kon' manusia tu? 5. Kereta kecil yang parkr jauh kedalam sampai tak nampak lepas tu kena tipu ada parkir kosong. Selalu tak kena dengan kereta kecil macam kereta Kancil atau Viva? Rasa kena 'kencing' betul-betul sebab bagi harapan palsu masa nak parkir. Dari jauh kita nampak ada satu ruang kosong. Hati sudah berbunga lepas dapat tahu parkir tu dekat pula dengan pintu masuk rumah atau pusat membeli belah. Kita pun menuju perlahan-lahan dekat petak tu dan menyumpah-nyumpah bila dapat tahu ada kereta Kancil di situ. Kalau kereta tu parkir tak jauh sangat ke dalam sampai boleh nampak sikit belakang kereta tu dari jauh, tidaklah rasa kecewa sangat kan? -CARI
|
10
Bagus |
13
Marah |
3
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mziskandar replied at 22-2-2018 10:20 PM
6. Ingat kn parking kosong, skali moto.
sabar_sabariah replied at 22-2-2018 05:35 PM
Yg no 5 tu selalu terkena tapi aku ok je.
Gelak2 sendirian
ADVERTISEMENT