CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Inilah 9 Pekerjaan Berpotensi Jadikan Seseorang Itu Gemuk!

22-2-2018 03:53 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 3498| Komen: 12|Original author: Oleh: Amiey

Tahukah anda terdapat kajian yang menyatakan bahawa pekerjaan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk?


Jika dikaji secara saintifik, dakwaan ini sememangnya berasas. Kerja yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi memberikan tekanan luar biasa kepada badan, lalu menyebabkan badan anda merembeskan hormon yang dikenali sebagai kortisol.

Kami ingin berkongsi dengan anda 9 pekerjaan yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi menyebabkan kegemukan, dan nyatakan pendapat anda, sama ada anda setuju atau tidak.

1. Doktor / Jururawat 


Gambar Hiasan

Memang tidak syak lagi, kerja sebagai ahli medikal sememangnya antara kerja yang paling mencabar di muka bumi. Apa lagi yang menyedihkan adalah terdapat kes-kes bunuh diri akibat tekanan kerja. Namun bukan itu yang kita mahu bincangkan. Tekanan di hospital sememangnya tinggi, sama ada daripada pegawai atasan, pesakit, mahupun waktu bekerja yang tidak menentu. Selain daripada tekanan, waktu kerja yang lama dan tidak menentu yang menyebabkan tidur yang tidak cukup dan menentu juga menyumbang kepada penambahan berat badan.

2. Guru

Tidak asing lagi pekerjaan ini sering dikaitkan dengan kegemukan. Apabila terdengar perkataan guru, apakah yang berada di minda anda? Mesti anda terfikir seorang guru yang sedang duduk di mejanya bukan? Menurut kajian, guru-guru lebih terdedah untuk menambah berat badan mereka kerana banyak menghabiskan masa bekerja di meja mereka. 

3. Peguam

Gambar Hiasan

4. Agen Pelancongan

Mereka yang bekerja sebagai agen pelancongan adalah mereka yang perlu memuashatikan semua pihak. Sama ada bos mereka atau pelanggan. Mereka perlu merancang dan mengaturkan segala butiran perjalanan. Kerja-kerja ini sangat memberi tekanan kerana banyak butiran yang perlu dikaji dan disemak. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mencapai sasaran jualan, jika tidak, akan ada bebelan daripada bos. Akhir sekali, sememangnya kerja sebegini memerlukan mereka duduk di depan komputer untuk jangka masa yang panjang.

5. Arkitek, Pereka, Pelukis

Kerja-kerja ini amatlah fleksibel dan bebas. Mereka selalunya mempunyai jangkamasa untuk menyiapkan kerja-kerja mereka. Dan kerja seperti ini bergantung kepada kreativiti dan insipirasi. Mereka tidak terikat kepada jaduah, sama juga seperti pemakanan mereka. Mereka makan apa yang mereka suka, dan boleh dikatakan 90% daripada waktu kerja mereka dihabiskan dengan bekerja secara duduk.

6. Pembantu Tadbir

Kerja yang tidak banyak melibatkan pergerakkan, hanya berada di depan komputer setiap masa. Kerja ini dikaitkan dengan tekanan yang tinggi serta kebimbangan seharian. Ia juga menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa yang menyebabkan mereka terpaksa makan ketika membuat kerja, iaitu di hadapan komputer.

7. Saintis

Pekerjaan yang memerlukan intelektual biasanya berkait rapat dengan sesuatu yang tidak banyak bergerak, kerana mereka lebih banyak menggunakan otak. Disebabkan saintis-saintis bersungguh-sungguh mempelajari dan membuat penemuan baru, pekerjaan ini selalunya membuatkan mereka untuk mengabaikan pemakanan yang sihat. Tiada masa untuk memikirkan tentang pemakanan kerana sibuk bekerja. Seperti contoh, di NASA, mereka menggalakkan saintis-saintis bersenam ketika waktu bekerja dan menganjurkan program kurangkan berat badan.

8. Ahli IT

Gambar Hiasan

9. Pegawai Pemasaran Dan Perhubungan Awam

Bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini, mereka tidak mempunyai jadual yang tetap. Mereka juga tidak mempunyai rutin untuk diikuti, dan juga tidak ada tarikh akhir untuk sesuatu pekerjaan. Namun, mereka perlu menghadiri majlis-majlis yang diadakan, dan kebanyakan daripada majlis-majlis ini menhidangkan makanan yang manis dan berlemak. Sebab itulah bidang ini termasuk dalam senarai pekerjaan yang menggemukkan.

Apa pendapat anda? Setuju ke tidak? - CARI 

5

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 22-2-2018 04:16 PM
Kerja I ada dalam list
Quote Megikari 22-2-2018 07:08 PM
Haha... Keje ai pun masuk list gak. Patut le ai mok2. Kena tukar career kot {:question
Quote ~boolean 22-2-2018 07:36 PM
Jarang jumpa orang2 dalam bidang medik gemuk...
Quote @chik 22-2-2018 07:49 PM
Yeke... {:question{:question
Quote carisha 22-2-2018 09:06 PM
Yeke? Ingatkan doctors ni lagi senang nak lose weight sebab tak sempat nak makan.
Quote insulin 22-2-2018 10:18 PM
10 tahun den kerja x pernah gemuk2. Sampaikan ada yang risau kata den ni x cukup makan ke apa... Hmmmm...........
Quote Magnum8 22-2-2018 10:25 PM
@lambada Mr.Analyst pon patut ada dlm senarai, asyik depan komputer je lama2 boleh gemuk Ahahahahahaha
Quote narifalim 22-2-2018 11:51 PM
Kerja aku ada dlm list. Tapi apa pasal aku x boleh gemuk???
Quote niena90 23-2-2018 09:45 AM
Adoiii no wonder la makin bambam
Quote leylapple 23-2-2018 10:25 AM
jarang jumpa doktor yang gemuk sbb diorang sangat2 lah health conscious.  

lagipun aku rasa doktor mcm tak sempat menyempat jer nak makan... asal nak makan jer org panggil... tgk darah, tgk muntah org..

nak sambung makan pun dah tak selera dah
Quote Artemesiaa 23-2-2018 11:37 AM
Bukan salah pekerjaan tapi salah diri sendiri sebab malas bersenam dan tak jaga pemakanan
Quote Chesire_Epilog 23-2-2018 01:01 PM
Macam salah je list ni..yang duk opis menghadap pc 24 jam..sambil mengunyah depan skrin tu ramai yg gemok

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046707 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top