Kim Minhak atau lebih dikenali sebagai Milo daripada kumpulan Kpop yang semakin meningkat naik, Romeo baru-baru ini mencetuskan kontroversi. Tersebarnya perbualan melalui aplikasi pesanan ringkas adalah antara punca salahlaku penyanyi idol itu diketahui umum. Ini adalah isi kandungan perbualan yang tersebar itu. Milo: Lainkali apabila saya berkunjung ke Jepun sendirian, kita boleh tinggal di bilik hotel bersama-sama. Gadis itu, Honoka 16 tahun berkongsi perbualan tersebut di akaun instagram miliknya di ruangan story berkongsikan keterujaannya apabila Milo memujinya cantik dan seksi. Milo juga mengatakan gadis itu adalah miliknya. Milo: Honoka, awk comel dan cantik...kadang-kadang awk seksi...sangat comelll...awak milik saya. Honoka menjawab, "Oppa lagi comel!"
Kerana terlalu teruja dengan pujian itu, Honoka terus memuatnaik kata-kata ini di ig story miliknya.
"Walaupun kita tidak dapat bermain sekarang, kita boleh berjumpa malam nanti...ini adalah idea yang bagus..kita boleh berpelukan sepuas hati kita...adakah ini suatu mimpi?" Bagaimanapun screenshot luahan Honoka itu telah tersebar di akaun twitter milik kumpulan Romeo dan sebagai respon kepada itu semua laman peminat (fansite) yang menyokong Romeo sebelum ini ditutup. Peminat pula masih terkejut dan terpinga-pinga dengan kejadian tersebut. Ada antara mereka menyatakan umur gadis itu adalah palsu dan kisah itu rekaan semata-mata.
Netizen pula mengambil peluang ini untuk mengadili kedua-dua mereka.
"Dia adalah selebriti dan gadis itu amat meminatinya. Dia boleh meminta apa sahaja kerana gadis itu akan menurutinya kerana berfikir bahawa mereka benar-benar bercinta dan istimewa pada Milo. Ini menyebabkan sy berasa sangat marah!" ujar netizen di laman portal berita tersebut. - CARI |
16
Bagus |
17
Marah |
26
Terkejut |
17
Sedih |
24
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT