Memang pelik bila seorang lelaki di Jepun menggunakan isi perut ikan untuk memuaskan dirinya sehingga menyebabkan zakarnya dijangkiti parasit.
Astro Awani melaporkan, lelaki warga Jepun itu mendakwa mengalami kesakitan pundi kencing selepas dijangkiti kuman walaupun mengakui telah membersihkan organ ikan mentah itu berkali-kali sebelum menggunakannya untuk onani. Manakala, ikan yang digunakan adalah jenis Ikan Pemancing atau Anglerfish yang merupakan ikan pemangsa yang ditemui di laut dalam. Lelaki tersebut memakai perut ikan itu seakan-akan sarung tangan. Tak mahu mendedahkan identiti, lelaki itu mengakui dia melakukan perbuatan pelik itu kerana didorong perasaan ingin tahu. Dia menceritakan bagaimana dia membasmi kuman menggunakan garam dan etanol, selain mengulangi proses itu sebanyak lima kali untuk menyahkuman organ ikan berkenaan. Pun begitu, dia mengalami kesakitan pada bahagian kemaluannya sehingga terpaksa berjumpa doktor. Doktor mendiagnosis lelaki tersebut dengan urethritis atau keradangan pada saluran pundi kencingnya sebelum memberikan rawatan antibiotik untuk melawan jangkitan parasit. - CARI
|
7
Bagus |
1
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
12
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
caprut replied at 23-2-2018 12:15 PM
Nama pon laki. Laki ni klo nk tahu benci2 sajat pon tp klo sajat bogel dpn mata, prgi servis gak kat ...
pooh~key replied at 23-2-2018 12:31 PM
Eh no dekkkk........ unless sajat bayar akak 500 la khennn....
ADVERTISEMENT