Dalam dunia serba moden hari ini, banyak usaha dilakukan bagi memudahkan orang ramai menjalani kehidupan seharian. Antaranya adalah dobi layan diri 24 jam yang sememangnya menjadi pilihan memandangkan ramai yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing hingga nak membasuh baju pun tak sempat. Pun begitu, banyak cerita 'kurang sedap' dikaitkan dengan dobi layan diri yang selalu kita dengar terutama kes curi pakaian dalam. Perkara sama turut berlaku kepada Nur Liyana Ismail yang trauma dengan kejadian menimpa dirinya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Menurutnya, kebiasaannya dia hanya membasuh baju di rumah sahaja. Tetapi, pada hari kejadian dia terpaksa menggunakan khidmat dobi layan diri kerana pakaian tidak dibasuh terlalu banyak selepas lima hari bertugas di luar kawasan. Malangnya, ketika ditinggalkan sementara pakaian sedang dibasuh, seorang lelaki membuka pintu mesin basuh dan mengambil pakaian dalamnya. Tak lena tidur, apa motifnya? Rata-rata netizen berharap tiada kejadian buruk menimpa Liyana. Takut dibuat main bomoh Sehubungan itu, ramai yang memberi nasihat sebagai peringatan bersama supaya tidak meninggalkan pakaian yang sedang dibasuh selain meminta Liyana untuk membuat laporan polis. "Allahuakbar, seramnya. Lepas ni, jangan basuh pakaian dalam di dobi. Sebaiknya, basuh di rumah saja," tulis netizen. Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang meletakkan kesalahan di atas Liyana kerana cuai. Cerdik sangat tinggal baju di situ kenapa? Bagaimanapun, seorang pengguna tampil memuji tindakan wanita itu kerana berani mengakui kecuaian diri sendiri dan berkongsi pengalaman sebagai peringatan bersama. Alamak, penulis sendiri tak berani tinggal dobi kalau baju sedang dibasuh. Kalau berani tinggal, kenalah berani ambil risiko kejadian tak diingini berlaku, kan? - CARI |
12
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
22
Sedih |
17
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT