Kalau sebelum ini, seorang suami terlajak kedekut dituntut menceraikan isterinya, terbaru seorang wanita memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka kerana suaminya memaksa dia membayar 'tambang' setiap kali menaiki kereta lelaki itu.
BACA JUGA: Nekad Cerai Kerana Shawarma Amboi, berkira betul walaupun dengan isteri! Menurut media tempatan Al Bayan, lelaki terbabit meminta 500 dirham (RM532) setiap kali isterinya meminta dia membawanya ke mana-mana. Kenapa kena bayar?
Difahamkan, lelaki itu mendakwa dia sepatutnya dibayar berikutan tak dapat meluangkan masa dengan kawan-kawannya kerana terpaksa menjadi pemandu isterinya. Menurut wanita itu, suaminya juga seorang penganggur dan bergantung hidup pada dirinya untuk mencari nafkah. Malah, dia sering bertukar pekerjaan dan biasanya hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja. Memandangkan wanita berkenaan masih belum berkereta, jadi dia mengharapkan suaminya untuk menghantarnya ke mana-mana.
Kejadian itu pertama kali berlaku beberapa bulan lalu apabila wanita berkenaan meminta suaminya untuk menghantarkannya ke suatu tempat dan terkejut apabila dia disuruh membayar tambang. Mula-mula, memanglah dia layankan sahaja sikap suaminya itu. Tetapi, kalau dah berlarutan sampai setiap kali naik kereta 'dikenakan bayaran', siapa yang sanggup, kan? Tersinggung dengan sikap suaminya itu, wanita terbabit memutuskan untuk tidak akan menaiki kereta suminya buat selama-lamanya sebelum memfailkan permohonan cerai kerana sudah tidak sanggup hidup bersama.
Alamak, seriuslah pak Arab berperangai kedekut macam ni? Dengan suami isteri, janganlah berkira sampai macam itu sekali. Dahlah isteri dia yang menanggung hidup, dia pula boleh melebihkan kawan-kawan berbanding isteri sendiri. Macam mana tu? - CARI |
9
Bagus |
12
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
senahitam replied at 23-2-2018 04:14 PM
pe susah...kalo jd gitu...next time..tiap kalo ko masak...then laki ko makan..so soh dia bayar. past ...
CardiGans85: Kt Malaysia, kaum wanita sanggup byr segala pjlnan tp x tuntut cerai pun. Asalkan duit aku x keluar kekdahnya..ni keluar dr mulut lelaki tsebut.
salmon-suki: ada jgk ke kes camni kt melsia??ape ke peliknye gitu...
Victorioussss replied at 24-2-2018 05:53 AM
Kat arab pun ade lelaki biawak hidup
MarryPottet replied at 25-2-2018 01:51 AM
Kat fadang fasir sana mungkin gelarannya bukan biawak hidup, tapi dhab hidup
ADVERTISEMENT