"Apa tu? Adakah itu kepala!?" Menurut Chicago Tribune, pertunjukan fesyen jenama Gucci dengan tema Cyborg di Milan, Itali baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai kerana 'keunikannya'!
Mana taknya, jenama fesyen gergasi itu menampilkan barisan model yang memperagakan koleksi terbaru mereka sambil mengendong replika kepala mereka sendiri.
Pelik? Ya, ia sangat pelik walaupun unik dan lain dari lain! Pertunjukan itu menampilkan koleksi terbaru bagi musim luruh/sejuk 2018 hasil reka cipta pengarah kreatifnya iaitu Alessandro Michele. Apa yang pasti, sudah tentu penonton menoleh dua tiga kali kerana tak percaya dengan mata sendiri. Pertunjukan fesyen dari Gucci kali ini memang pelik-pelik! Selain replika kepala, model mereka turut membawa beberapa elemen misteri lain seperti ular dan naga, lapor METRO. Malah, turut menarik perhatian ramai adalah model bermata tiga serta penggunaan serban yang dipakai lelaki Sikh. Malang bagi Gucci, penggunaan serban berkenaan sebagai aksesori fesyen mendapat kecaman hebat daripada orang ramai terutama penganut Sikh. Betullah orang kata, kalau nak berfesyen tak boleh malu-malu. Kena percaya diri dan intuisi fesyen. Biar pelik, asalkan yakin! Tapi, tak melampau ke bagi anda? - CARI
|
9
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
5
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT