Gara-gara lewat sebulan bayar sewa rumah, seorang wanita dikurung lebih dari 12 jam dalam kediaman di Pandora Residensi, Tropicana Metropark, Subang Jaya.
mSatr Online melaporkan, dalam kejadian tersebut, wanita 26 tahun itu tidak dapat keluar dari rumah selepas jeriji kediaman tersebut dikunci dari luar. Menurut sumber, pemilik rumah bertindak demikian kerana bengang wanita terbabit gagal membayar sewa sebulan berjumlah RM1100. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, "Wanita itu kemudiannya menghubungi keluarga untuk mendapatkan bantuan kira-kira pukul 8 pagi.
"Selepas laporan polis dibuat, pemilik rumah kemudiannya membuka semula jeriji yang dikunci pada pukul 11.30 pagi. Pemeriksaan mendapati, mangsa berada dalam keadaan baik. "Siasatan awal dapati rumah tersebut dikunci oleh seorang ejen hartanah berusia 29 tahun atas arahan pemilik rumah berusia 44 tahun. "Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana kurungan salah." -CARI
|
15
Bagus |
13
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT