Kini, semua benda nak dijadikan hipster. Dari pakaian sehinggalah kepada
makanan. Ada juga café yang dibuka mengetengahkan konsep hipster dengan
menyajikan menu-menu hipster adaptasi dari café-café western dan juga luar
negara.
Café hipster bukan sahaja popular di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, café dengan konsep sebegini juga dibuka di bandar-bandar lain di negara ini seperti contoh di Kuantan, Pahang.
Berikut senarai café hipster di Kuantan yang anda boleh kunjungi.
Kula Cakes Café ala-ala di dalam taman ini menjual kek yang sedap dan lembut. Bermacam jenis kek dijual disini dan kek yang menjadi pilihan ramai ialah Manggo cheese Cake. Kombinasi rasa cheese dan mangga pada kek ini sangat-sangat sedap. Dan yang paling unik, topping kek ini berbentuk bunga ros.
Selain menikmati kek di dalam café, anda juga boleh menempah kek-kek hipster yang sedap dan cantic di café ini.
Lokasi Kula Cakes yang berada ditengah bandar Kuantan, tidak susah pun nak cari guna sahaja aplikasi Waze. Jika anda ke sini, jangan lupa untuk mengambil gambar di ruang makan yang cantik ala-ala taman mini. Sambil menikmati kek, and boleh menjamu mata sekali.
Alamat : A96 Jalan Besar,25000 Kuantan No Tel : 0179711396 Waktu Operasi :Buka setiap hari (1 petang – 9 malam) kecuali Isnin
Akar Kopi Buat penggemar kopi dan makanan Malaysia, anda boleh menikmati makanan-makanan ini dengan suasana restoran yang agak hipster di Kuantan. Antara menu yang ada di Akar Kopi ialah Nasi Lemak, Roti Bakar, Telur 3 suku dan lain.lain lagi.
Dekorasi
akar Kopi juga ala-ala taman mini dan yang lebih menarik ialah tempat duduk dan
meja makan yang ada di sini diperbuat daripada tong besi terpakai. Memang
sangat kreatif bukan?
Alamat :
2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang
No Tel : 013-953 1526
Waktu
Operasi :Buka Isnin – Jumaat (4 petang – 3 pagi)
Tjantek Café
and Art Bistro
Kafe ini
mengetengahkan dekorasi penuh dengan barangan antik dan seni lukisan yang mempunyai
nilai yang sangat tinggi. Sekali dipandang seperti restoran mewah ditengah-tengah
kotaraya New York pula. Bangunan kafe Tjantek ini merupakan bangunan lama
tinggalan sejak zaman perang Dunia Kedua tahun 1942.
Hidangan
yang disediakan di Tjantek cukup menyelerakan, makanan ala Western dari salad
sehingga pelbagai jenis pilihan steak dan spaghetti. Harganya juga amat
berpatutan dengan servis yang diberikan. Jika anda rasa nak lepak atau dinner
di tempat ala ‘orang kaya’ jangan pilih Tjantek Cafe!
Alamat :
46, Jalan Besar, 25000 Kuantan
No Tel : 09 516 4144
Waktu
Operasi :Buka setiap hari (8 malam – 1 pagi)
Loteng,
Teluk Cempedak
Loteng
ialah café yang dibuka diatas sebuah bangunan lain dengan view menghadap laut China Selatan. Pemandangan laut ini sangat-sangat cantik dan menarik. Sambil
menikmati juadah istimewa di café ini bolehlah anda menjamu mata.
Anda boleh
lepak-lepak bersama rakan atau keluarga sambal menikmati menu-menu menarik
antaranya ialah nasi bersama lauk, aneka spaghetti, kudapan kek, kentang goreng
dan yang paling menarik ialah pilihan air buah-buahan dan kopi serta teh yang
mempunyai rasa yang mampu mengancam jiwa dan raga.
Loteng,
Teluk Cempedak
Alamat :
Teluk Cempedak, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu
Operasi : Buka setiap hari (12 tengahari – 12 malam) - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|