Seperti biasa, tiada Sukan Olimpik yang tidak dicemari kontroversi, kali ini melibatkan atlet dari Kanada. Atlet luncur, David Duncan, isteri Maja dan pengurusnya Willy Raine ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas didakwa melarikan kenderaan di PyeongChang, lokasi dimana Duncan beraksi dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. Difahamkan, mereka bertiga dalam keadaan mabuk, memandu kenderaan yang didakwa ditinggalkan sebentar dalam keadaan enjin dihidupkan. Pihak berkuasa Korea Selatan kemudian menahan kenderaan itu, dan Raine turut didakwa memandu dalam keadaan mabuk. Mereka dilepaskan pada 25 Februari lalu namun tidak dibenarkan meninggalkan Korea Selatan. Jawatankuasa Olimpik Kanada, Chris Overholt kesal dengan tindakan mereka yang dianggap memalukan negara. Raine dalam kenyataannya turut menyifatkan tindakannya sebagai 'tidak boleh diterima' dan bersedia memohon maaf dari pemilik kenderaan terbabit. - CARI |
6
Bagus |
Marah |
12
Terkejut |
1
Sedih |
4
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT