Wanita biasanya lebih selesa jika memangkas bulu di bahagian tubuh tertentu seperti ketiak dan kawasan Miss V. Baru terasa 'ringan', bersih dan berkeyakinan!
Pun begitu, ada juga yang memilih untuk tidak bercukur mungkin kerana malas atau ada alasan mereka tersendiri. Begitu juga dengan Sonia Cytrowska yang ingin menepis tanggapan ramai bahawa wanita itu cantik tanpa bulu atau rambut di tubuhnya. Sebelum ini, tanggapan itu membuat dirinya menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam semata-mata untuk tampil sempurna tanpa rambut di tubuh. Tapi, dia tetap merasakan dirinya tidak cantik. Hinggalah satu tahap di mana Sonia memutuskan untuk berhenti mencukur bulu di tubuhnya kerana dia enggan lagi membandingkan dirinya dengan orang lain yang bertubuh mulus tanpa bulu.
Keputusannya itu membuat dia menyedari selama ini dia menjaga penampilan dirinya semata-mata untuk memuaskan 'mata' orang lain, sedangkan dirinya tidak gembira melakukannya. Sonia memilih untuk 'membuang' gaya hidup kecantikan dan kali ini, dia tidak akan menoleh ke belakang lagi! Dia banyak berkongsi gambar tubuhnya yang tidak bercukur di laman sosial dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk tidak berasa malu dan yakin dengan 'kecantikan semula jadi' masing-masing. Wanita itu beruntung kerana suaminya menyokong keputusannya itu. Dia berharap, orang lain dapat menerima keadaan barunya yang tidak nampak mulus sempurna dengan minda terbuka. "Saya harap dapat menunjukkan kepada wanita lain bahawa bulu-bulu di tubuh itu indah dan normal," tegasnya. |
3
Bagus |
8
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LostStar replied at 28-2-2018 08:27 PM
Eheh.. daku baru jek siang td set nk p laser bebulu tangan jumaat ini.. hmm.. lepas makan kolagen ki ...
caprut replied at 28-2-2018 08:29 PM
Elok ke kolagen tu
ADVERTISEMENT